Satu Perempat Tentera Britain Hidapi Masalah Obes – Kajian

Tentera Britain Hidapi Masalah Obes

Satu Perempat Tentera Britain Hidapi Masalah Obes – Kajian

Satu laporan mendedahkan bahawa satu daripada empat tentera diklasifikasikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan atau obes yang berbahaya pada Ahad lepas, lapor Daily Mail.

Pegawai atasan didakwa ‘gagal memimpin’ berhubung masalah berat badan dalam kalangan anggota tenteranya.

Hampir 40,000 daripada 145,000 anggota tentera dikatakan mengalami berat badan berlebihan atau obes dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Memetik Daily Mail, ia juga mendedahkan bahawa 5,200 askar yang mengalami berat badan berlebihan atau obes diberhentikan kerja kerana masalah kesihatan sejak tahun 2010.

Anggota tentera yang paling obes diarahkan untuk berhenti atas alasan perubatan selepas berat badannya mencecah hampir 190 kilogram (kg).

Difahamkan, lebih daripada 800 tentera diberhentikan kerana mempunyai berat badan melebihi 114kg.

Dalam pada itu, statistik Kementerian Pertahanan Britain (MoD) mendedahkan lebih daripada 1,100 telah menghidap diabetes jenis 2, yang dikaitkan dengan masalah berat badan.

Selain itu juga, seramai 1,113 tentera mengalami tekanan darah tinggi dan lebih daripada 100 tentera menghidap penyakit jantung.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Bagi mengatasi masalah tersebut, lebih daripada 850 tentera telah diberi pil diet sejak tahun 2014 dan lebih daripada 60 telah menjalani pembedahan liposuction atau sedut lemak.

Bekas komander tentera British di Afghanistan, Kolonel Richard Kemp berkata bahawa hampir setiap anggota tentera sama ada lelaki atau wanita mempunyai masalah berat badan ketika berkhidmat.

Secara tidak langsung, ia menyebabkan pihak atasan gagal memimpin dalam memastikan tentera di bawah perintah mereka kekal cergas dan sihat serta bersedia untuk bertempur.

Bekas ketua tentera, Lord Dannat percaya bahawa tentera muda yang mempunyai lebihan berat badan perlu dipantau dan sekiranya berat badan mereka tidak dapat dikawal, mereka harus diberhentikan.

“Terlalu ramai askar yang lebih tua mengalami lebihan berat badan kerana diet mereka. Penguatkuasaan ketat ujian kecergasan fizikal adalah penting,” kata Lord Dannat.

Pendedahan itu dibuat susulan dakwaan seorang pengajar latihan fizikal tentera yang memberi amaran bahawa ‘pergerakan positiviti badan’ menggalakkan obesiti.

Sementara itu, Ferren Morgan, Sarjan di Coldstream Guards berkata perekrut dan calon yang dipengaruhi oleh gaya hidup positif badan terlepas pandang mengenai kepentingan mengekalkan gaya hidup yang sihat secara konsisten, yang membawa kepada penurunan dalam prestasi fizikal mereka.

“Positiviti badan adalah gaya hidup yang menggalakkan rasa puas hati dan memudaratkan kehidupan tentera dan rekrut muda,” kata Ferren Morgan.

MoD menggunakan Pengukuran Komposisi Badan (BCM) yang terdiri daripada ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) dan ukuran pinggang dalam penilaian mereka, lapor Daily Mail.

Menurut MoD, angkatan tentera boleh mempunyai beberapa sebab yang disenaraikan dalam pelepasan perubatan dan mungkin tidak dilepaskan secara khusus untuk isu berkaitan berat badan.

“Kami akan terus memastikan semua tentera cergas untuk menjalankan tugas mereka. Ini termasuk ujian fizikal untuk memenuhi piawaian yang diperlukan, program kesihatan dan pendidikan kecergasan,” kata MoD.

Sumber: Daily Mail

The post Satu Perempat Tentera Britain Hidapi Masalah Obes – Kajian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*