satu-satunya pemain yang berjaya membolosi gawang JDT

KUALA LUMPUR: Benteng pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC (SFC) dijangka menjadi bahagian paling ‘sibuk’ pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pertahanan kedua-dua pasukan perlu bekerja keras bagi memastikan mereka tidak dibolosi sebarang gol bagi mencerahkan peluang mereka untuk merangkul Piala FA selepas wisel penamat dibunyikan nanti.

Berdasarkan rekod, skuad Harimau Selatan jelas berada pada prestasi yang mantap apabila hanya melepaskan satu gol dalam lima perlawanan Piala FA dalam laluan mereka ke final.

Hanya pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Habib Haroon muncul satu-satunya pemain yang berjaya membolosi gawang JDT dalam kempen Piala FA 2024 pada separuh akhir pertama namun itu tidak menghalang JDT ke final dengan agregat 5-1.

sumber: BH

SFC perlu jelas perlu tampil dengan prestasi lebih baik terutamanya selepas melepaskan lapan gol sepanjang kempen kali ini – empat gol berdepan Kuching City FC (KCFC) pada suku akhir dan empat lagi gol berdepan Terengganu FC (TFC) di separuh akhir.

BH Sukan mendapatkan pandangan jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin untuk merumuskan ‘kubu’ kedua-dua pasukan menjelang aksi final ini.