‘Saya boleh mati pada bila-bila, anak muda kena bangun selamatkan negara’ – Mat Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berharap ahli politik dari golongan generasi baharu dapat tampil menyelamatkan negara dari terus bergolak sejak beberapa tahun lalu, kerana mereka masih muda dan berkemungkinan hidup lebih lama darinya.

Di ceramah Mega Muar yang diadakan di Parit Jawa, malam kelmarin, Mohamad Sabu turut memuji penubuhan parti MUDA di kala politik Malaysia sedang bergolak.

“Saya mungkin boleh mati pada bila-bila masa, anak muda pun boleh mati bila-bila masa, tetapi secara umumnya anak-anak muda boleh hidup lama daripada saya.

“Saya berkecimpung lebih 20 tahun dalam politik melihat Malaysia sekarang dalam suasana yang cukup buruk. Oleh itu adik-adik, kamu kena bangun dan selamatkan Malaysia ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mohamad Sabu membidas tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri membubarkan Parlimen yang dikatakan cuba menyelamatkan pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan atau bakal diheret ke mahkamah.

“Tak pernah lagi dibubarkan parlimen untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin rasuah. Kami (wakil rakyat nak meneruskan memberi bantuan kepada rakyat, bagaimanapun mereka mahu membubarkan parlimen ketika banjir untuk menyelamatkan diri,” katanya.

BACA: Takut ditinggalkan, pelajar Tingkatan Dua serah tubuh kepada tukang rumah

Sumber: MalaysiaKini

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*