Saya Sedia Untuk Disiasat – Sanusi

Sanusi sedia untuk disiasat

Saya Sedia Untuk Disiasat – Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa beliau sedia untuk disiasat berhubung isu kenyataan Pulau Pinang milik Kedah.

Memetik Sinar Harian, beliau juga akan menyerahkan segala dokumen berkaitan kenyataan yang didakwanya itu kepada pihak polis.

Menurut Sanusi, penyiasatan berkaitan sesuatu isu merupakan perkara biasa yang dialami oleh semua orang.

Biasalah siasat di dunia, siasat di akhirat lagi teruk,” katanya ringkas ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini pada hari ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata demikian selepas diminta untuk mengulas lanjut berhubung siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Sanusi turut memaklumkan bahawa rakaman berkaitan kenyataannya berkemungkinan akan dibuat pada sebelah petang hari ini di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman.

“Bukit Aman (polis) datang jumpa, itu biasalah, mereka buat kerja mereka, saya buat kerja saya, adillah,” ujarnya.

Tambahnya, waktu sebenar kenyataan keterangan rakaman itu bagaimanapun tidak dapat dimaklumkan berikutan perlu mempengerusikan mesyuarat exco terlebih dahulu.

“Saya tak tahu polis nak datang jam berapa, saya perlu hadiri mesyuarat exco dulu, mungkin selepas itu akan dibuat rakaman,” katanya lagi.

Sebelum itu, Muhammad Sanusi dilihat memasuki kawasan Wisma Darul Aman dengan menaiki kenderaan rasminya pada 10.58 pagi tadi. Beliau dijadualkan akan mempengerusikan satu mesyuarat exco pada sebelah pagi tadi.

Dokumen penting berkaitan dakwaannya turut dibawa bersama

Sementara itu, MB Kedah itu turut sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa dokumen berkaitan dakwaannya itu berada dalam beg bimbitnya.

Siasat di dunia ini biasa saja, apa yang saya boleh dedahkan, saya dedahkan. Dokumen ada dalam satu beg saya bawa. Nanti saya fotostat bagi seorang satu salinan. Lawaklah dunia ini,” jelasnya lagi.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin memaklumkan bahawa polis akan merakam keterangan MB Kedah itu di Alor Setar pada hari ini.

Sanusi disiasat berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik negeri Kedah.

Rakaman kenyataan akan dibuat oleh polis di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman oleh pegawai penyiasat dari Bukit Aman.

Sumber: Sinar Harian

The post Saya Sedia Untuk Disiasat – Sanusi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*