Sayu, Anjing Seakan Sebak Dirakam Tanam Kucing Kena Langgar Ketika Lintas Jalan

anjing tanam kucing

Sayu, Anjing Seakan Sebak Dirakam Tanam Kucing Kena Langgar Ketika Lintas Jalan

Satu video menyayat hati memaparkan seekor anjing sedang bersedih sambil menanam rakannya iaitu seekor kucing yang dipercayai mati akibat dilanggar tular di media sosial TikTok.

Video perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @innerthought.99 itu telah menjadi tular ekoran tindakan haiwan berkenaan yang berjaya menyentuh hati penonton.

Video yang berdurasi 36 saat itu telah ditonton oleh pengguna media sosial TikTok sebanyak lebih daripada 17 juta penonton di seluruh dunia.

Berdasarkan video tersebut, pengguna yang merakam video berkenaan berkata bahawa dia sedang melalui sebuah jalan raya.

Kemudiannya dia ternampak seekor anjing dan kucing cuba untuk menyeberang jalan tersebut.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Namun malang menimpa apabila kucing tersebut telah dilanggar oleh sebuah kereta.

Melihat rakannya itu sedang dalam kesakitan, anjing tersebut terpaksa menunggu dengan sabar di tepi jalan untuk memastikan jalan raya selamat bagi membawa kucing tersebut ke seberang jalan.

“Saya baru sahaja menyaksikan perkara ini hari ini semasa saya melalui jalan raya, saya ternampak seekor anjing ini dan kucing yang dibawanya berdiri bersebelahan. 

“Sambil saya memerhatikan mereka sedang menyeberang jalan, kucing itu dengan sedihnya dilanggar dan anjing itu menyalak.

“Saya melihat anjing yang menunggu dengan sabar untuk mendapatkan kucing itu, lalu mengonggongnya dan berlari ke tepi jalan dan dari saat itu anda dapat lihat apa yang jadi. Pelik bagaimana dunia ini berfungsi,” tulis kapsyen di video berkenaan. 

Anjing berkenaan seterusnya telah bertindak di luar pemikiran manusia apabila dia mula menggali tanah di satu kawasan untuk menanamnya sebelum mengambusnya semula.

Lokasi kejadian berkenaan video berkenaan tidak dapat dikenal pasti.

Perkongsian video berkenaan telah membuatkan ramai yang sedih apabila menontonnya. Video anjing tanam kucing itu turut mendapat komen yang pelbagai dari penonton yang terkesan dengan perbuatan anjing tersebut.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Oh Tuhanku. Ini benar-benar merobek hati saya,” tulis seorang netizen.

Terdapat juga komen yang mengasihani anjing tersebut dan berniat untuk menyelamatkannya.

“Seseorang tolong selamatkan anjing ini, dia mempunyai hati yang suci dan dia memerlukan rumah yang penuh kasih sayang selamanya! Di mana dia? Saya akan memberikan rumah yang penuh kasih sayang kepadanya,” tulis netizen tersebut.

@innerthoughts.99

I just witnessed this today as i was passing the road, i saw a this dog and the cat shes carrying standing next to each other as i was watching them they were crossing the road the cat sadly got ran over and the dog was whining, i look at the dog waiting patiently to get to the cat a grabs her and runs across and from that moment youll see the rest…. it’s weird how this world works…💔😔 #dog #animal #sad #tired #feelings #innerthoughts #fyp #feelings #life #fypシ゚viral #cat

♬ snowfall – Øneheart & Reidenshi

Sumber: TikTok

The post Sayu, Anjing Seakan Sebak Dirakam Tanam Kucing Kena Langgar Ketika Lintas Jalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*