Seakan Met Gala, Gerai Nasi Lemak Ini Bentang Karpet Merah Hargai Pembeli

Gerai nasi lemak

Seakan Met Gala, Gerai Nasi Lemak Ini Bentang Karpet Merah Hargai Pembeli

Nasi lemak merupakan menu autentik bagi negara kita iaitu Malaysia. Ia bukan sahaja digemari oleh sesuatu kaum atau bangsa, malah ia juga telah menjadi kegemaran ramai tidak mengira lapisan masyarakat.

Hidangan ini lazimnya boleh didapati di gerai-gerai di tepi jalan. Ramai penjual yang menjual hidangan nasi lemak ini pastinya mempunyai cara tersendiri untuk menarik pembeli supaya membeli di kedai mereka.

Daripada lauk istimewa, rasa sambal yang pelbagai sehinggalah cara unik untuk menyerlahkan gerai mereka bagi menarik pembeli.

Bercakap berkenaan perkara itu, satu video yang memaparkan penjual nasi lemak meraikan pelanggannya dengan cara unik telah tular di media sosial.

Cara unik beri penghargaan kepada semua pelanggan

Video yang dikongsikan oleh @ustazlinljt di akaun TikTok miliknya memaparkan cara unik tersebut.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, dapat dilihat orang ramai memenuhi dan beratur untuk membeli nasi lemak di gerainya.

Namun yang menarik perhatian adalah, sebagai tanda penghargaan kepada pembelinya, gerai itu telah membentangkan karpet merah didepan gerainya untuk para pembeli.

Kredit TikTok

Para pembeli akan melalui karpet merah tersebut untuk membeli juadah lengkap berkenaan dengan bergaya seperti sedang datang ke acara hiburan.

Kredit TikTok

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan juga akan menerima minuman air balang percuma pada setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan.

Cara-cara untuk menghargai customer yang hadir. Special untuk malam Jumaat, Air Balang Free,” tulis muat naik perkongsian tersebut. 

Berdasarkan tagging lokasi di dalam video muat naik tersebut, gerai nasi lemak itu dipercayai beroperasi di hadapan AEON Mall, Shah Alam.

Semoga gerai nasi lemak ini mendapat berkat dan dimurahkan rezeki dalam menjalankan perniagaannya.

@ustazalinljt

Cara-cara untuk menghargai customer yang hadir. Special untuk malam jumaat, Air Balang Free😍

♬ original sound – Ustaz Ali NLJT – Ustaz Ali NLJT

Sumber: TikTok via @ustazlinljt

The post Seakan Met Gala, Gerai Nasi Lemak Ini Bentang Karpet Merah Hargai Pembeli appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*