Seakan “Real”, Artis AI Nigeria Berjaya Cipta “Fashion Show” Guna Model Warga Emas

fashion show warga emas

Seakan “Real”, Artis AI Nigeria Berjaya Cipta “Fashion Show” Guna Model Warga Emas

Pertunjukan fesyen yang menampilkan warga emas sebagai model jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika model itu merupakan warga emas Afrika berkulit hitam.

Seorang artis visual dari Nigeria, Malik Afegbua mendapat perhatian dari seluruh dunia apabila dia mencipta pertunjukan fesyen untuk warga emas.

Memetik CNN, Afegbua telah berkongsikan imej di media sosial yang menunjukkan warga emas sedang memperagakan pakaian di pertunjukan fesyen pada bulan lepas.

Fashion show warga emas

Pertunjukan fesyen “The Elders Series” itu mencabar stereotaip tentang bagaimana orang yang lebih tua dilihat, serta wajah dan tubuh Afrika yang sering berada di pinggir dunia fesyen.

Afegbua, 38, menjelaskan inspirasi di sebalik siri itu adalah dari ibunya.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Dia diserang strok dan saya sangat rapat dengan ibu saya,” kata Afegbua.

“Saya hanya memerlukan cara untuk mencari jalan meluahkan perasaan dan tidak memikirkan tentangnya yang bergantung kepada mesin. Saya mahu memikirkannya di tempat yang bahagia,” katanya lagi.

Namun begitu, apa yang benar-benar luar biasa tentang imej itu ialah pertunjukan fesyen yang paling hebat itu tidak pernah berlaku.

Walaupun imej yang dimuat naik oleh Afegbua itu seperti acara yang sebenar, ia sebenarnya dihasilkan sepenuhnya oleh artificial intelligence (AI).

Gambar: Malik Afegbua/SlickCity

Pada dua belas tahun yang lalu, Afegbua merupakan seorang jurugambar amatur dan artis visual selepas dia menerima kamera model Canon sebagai hadiah.

Afegbua berkata, ia memberinya peluang untuk mula menghasilkan video dan sebagai pembuat filem, dia telah mencipta banyak filem dan video korporat.

Malah, Afegbua juga telah menghasilkan siri dua dan tiga rancangan Netflix “Made By Design”, serta dokumentari biopik mengenai pereka Nigeria, Nike Davies-Okundaye.

“The Elders Sisters” ialah lanjutan daripada projek lain yang Afegbua telah cipta melalui AI. Dia menggunakan platform AI Midjourney, yang menghasilkan imej sebagai tindak balas kepada teks prom.

Sistem AI tidak boleh kesan wajah individu kulit hitam

Difahamkan Afegbua telah melakukan eksperimen dengan frasa yang berbeza, memperhalusi istilah cariannya sehingga mendapat apa yang disuka.

Selepas itu, Afegbua akan edit dalam Photoshop dan mengulangi proses sehingga mendapat hasil yang sempurna.

Terdapat banyak kontroversi mengenai perkauman dan jantina dalam AI. Teknologi pengecaman muka mungkin kurang tepat untuk individu kulit hitam berbanding kulit putih.

Selain itu, sistem AI untuk mengesan kanser kulit juga didapati dilatih khususnya pada kulit putih.

Ia juga telah diperhatikan bahawa platform AI boleh menghasilkan gambar yang mencerminkan budaya imej yang terdapat di internet.

Afegbua berkata, dia hanya bekerja melakukan eksperimen terhadap imej orang kulit hitam pada platform AI.

Bagaimanapun, dia mendapati bahawa imej yang mereka hasilkan bercelaru dan tidak begitu baik.

Dari situ, Afegbua mula menyedari bahawa imej yang dihasilkan oleh orang kulit hitam Amerika adalah berbeza daripada imej orang kulit hitam Afrika.

“Apabila anda meletakkan ‘Afrika’ mereka kelihatan kurang rapi dan kurang baik,” jelas Afegbua.

Melalui carian berulang menggunakan variasi teks prom, dia berkata bahawa dia dapat melatih AI dan menambah baik imej yang dihasilkan oleh orang kulit hitam.

“Kini sesiapa sahaja boleh masuk ke AI dan mencari ‘lelaki kulit hitam dalam pertunjukan fesyen’, anda akan mendapat sesuatu seperti yang saya lakukan kerana ia kini dalam sistem,” katanya.

“Oleh kerana saya telah melakukannya, sistem kini mempunyai data itu,” katanya lagi.

Gambar: Malik Afegbua/SlickCity

Afegbua percaya AI boleh menjadi medium yang berkuasa untuk seni, khususnya filem dan televisyen.

“Ia akan kekal dan berkembang serta menjadi lebih baik,” kata Afegbua. Namun, dia berkata peranan seorang pencipta manusia masih penting.

“AI bukan semua, ia tidak boleh berfikir dengan sendirinya, perlu sentiasa ada manusia di belakangnya tanpa mengira untuk menggerakkannya,” tambahnya.

Projek AI miliknya yang lain termasuk mewujudkan bandar futuristik maya yang dipanggil ‘Ngochola,” yang dihuni oleh orang yang berkarakter pahlawan, cantik dan warga Afrika.

Gambar: Malik Afegbua/SlickCity

Menurutnya, dia mahukan bandar itu mencerminkan tamadun Afrika purba dan kuasa yang dimainkan oleh teknologi dalam masyarakat itu.

Walau bagaimanapun, “The Elders Sisters” miliknya itu dikatakan yang paling menarik perhatian Afegbua, lapor CNN.

Bekerja bersama Hollywood

Sejak Afegbua berkongsi imej pertunjukan fesyen di media sosialnya, dia telah dijemput untuk mempamerkan karyanya di galeri di AS, Perancis dan Brazil.

Lebih menarik lagi, Afegbua juga telah menandatangani perjanjian untuk bekerja bersama filem Hollywood.

Lebih menggembirakan lagi apabila pengiktirafan yang dia terima kerana mempersembahkan orang yang lebih tua secara positif.

“Saya mempunyai banyak persatuan yang mempunyai kaitan dengan orang tua menghubungi saya bertanya bagaimana kami boleh bekerjasama,” katanya.

Dalam pada itu, Afegbua mengatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menghubunginya dan melihat kerjanya sebagai penyumbang dalam usaha global oleh Dekad Penuaan Sihat WHO/PBB dalam memerangi ageisme.

“Saya tidak sangka ia akan menarik perhatian dunia seperti itu. Saya gembira kerana orang ramai mula bercakap tentang itu,” kata Afegbua.

Sumber: CNN

The post Seakan “Real”, Artis AI Nigeria Berjaya Cipta “Fashion Show” Guna Model Warga Emas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*