Sebak Pusat Jagaan Anjing Terpaksa Ditutup, Ustaz Ebit Tolong Cari Lokasi Sesuai Untuk Berpindah

Sebak Pusat Jagaan Anjing Terpaksa Ditutup, Ustaz Ebit Tolong Cari Lokasi Sesuai Untuk Berpindah

Ustaz Ebit Lew atau UEL baru-baru ini telah berkunjung ke Pusat Jagaan Anjing Rainbow, yang dikhabarkan terpaksa ditutup selepas 10 tahun beroperasi.

Menerusi laman Facebooknya, UEL berkongsi perasaan sedih dengan nasib anjing-anjing di pusat jagaan berkenaan yang mungkin terpaksa dilupuskan sekiranya ditutup.

“Sedih ramai tag saya mengenai Pusat Jagaan Anjing Rainbow yang dah 10 tahun kutip anjing jalanan tapi diarahkan tutup dan mungkin anjing akan dihapuskan. Mereka rawat, jaga dan beri makan anjing-anjing jalanan.”

Bagi membantu pusat jagaan tersebut, UEL bersama pasukannya kemudiannya bertemu dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mencari jalan penyelesaiaan.

Mujurlah, pertemuan tersebut membuahkan hasil dan pusat jagaan berkenaan diberikan masa yang lebih panjang untuk beroperasi dan mencari lokasi yang lebih sesuai untuk berpindah.

“Mereka gembira beri masa sedikit dan gembira kami cuba bantu cari tempat yang lebih sesuai untuk mereka. Mungkin jauh dari mana-mana penempatan.”

Pemilik pusat jagaan merasa hiba atas bantuan UEL terhadap haiwan kesayangannya

Ketika mengadakan lawatan, UEL juga sempat bertemu dengan Pavitra, pemilik kepada pusat jagaan tersebut. Wanita berkenaan ternyata tidak dapat menahan rasa sebaknya dan menangis kerana terharu dengan usaha diambil UEL dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Difahamkan, Pavitra turut mengikuti perkembangan UEL menerusi media sosial dan ketika menemui pendakwah bebas tersebut, wanita tersebut meminta agar diberikan kata-kata semangat dan doa untuk terus bersama anjing-anjing ini.

“Masa sampai pemilik tempat ni bernama Pavitra menangis sebak terharu. Beliau selalu mengikuti saya di media sosial. Beliau minta kata semangat dan doa. Terharu dengar beliau menguruskan semua ini.

“Hidupnya diabdikan untuk kerja ini. Pavitra ini baik orangnya. Anjing ni dah macam anak-anak dijaga olehnya. Seronok dapat bagi makan dan bantu sedikit.”

Dalam pada itu, UEL dan pasukan kini sedang giat mencari tanah yang sesuai untuk dijadikan sebagai tapak baharu pusat jagaan ini dalam masa terdekat.

BACA: Kenapa Doktor Haiwan Rawat Anjing Tak Pakai ‘Glove’? Ini Penjelasannya

Sumber: Ebit Liew via Facebook

The post Sebak Pusat Jagaan Anjing Terpaksa Ditutup, Ustaz Ebit Tolong Cari Lokasi Sesuai Untuk Berpindah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*