Connect with us

Santai

Sedih Tak Dapat Bayangkan, Mengadu Pada Mak ‘Diratah” Abang Kandung Tapi Mak Buat Tak Kisah


Geram dengan sikap ibu yang tidak mempercayai aduan anak. Sehingga anak menjadi mangsa. Marah saya tidak hilang dengan sikap ibu saya yang mementingkan diri sendiri. Tidak adil melayan anak perempuan sehingga tidak mempercayai aduannya.

Sejak usia muda, Miss S menjadi mangsa nafsu abangnya. Dirogol berkali-kali. Ketika S mengadu kepada ibunya, dia tidak percaya, kata S sambil bercerita. Ayah juga garang. S tidak berani memberitahu ayahnya. Ibu saya takut sekiranya S mengadu kepada ayah saya, takut abang kena bantai dan dipenjarakan.

Melalui kehidupan dalam trauma dan ketakutan…


Semasa S berada di IPT, teman lelaki S memperkosa S dengan cara yang ganas. Sekali lagi S menderita trauma. Tidak tahu mahu mengadu kepada siapa. Berkongsi cerita dengan kaunselor tidak melihat jalan keluar dari masalah.

Akhirnya, S akur bahawa dia hamil dan terpaksa memberitahu kakaknya. Ketika S sakit ingin melahirkan anak, segala macam kata keluar dari mulut S. Tidak redha akan takdir dirinya. “Sudahlah kena paksa, sakit seperti ini pula. Azabnya ingin melahirkan anak, jika tahu begini dari awal buang saja.”

Selepas melahirkan, anak S enis meragam. Tidor ingin didodoikan terlebih dahulu. Tidak boleh nak letak. Berat badan mula turun, kena tahan di wad. Kena sakit Kuning yang lama. Badan S menjadi lemah, bengkak susu dan mengalami sembelit.

Beberapa Bulan S melalui az4b ini dan akhir S redha. Dan mula menyanyangi anaknya dengan sepenuh hati. Tiba-tiba keluarga mendesak agar anak itu diserahkan kepada keluarga angkat agar S dapat meneruskan pengajian di IPT semula.

S berasa keliru. Setelah banyak kesusahan yang dilaluinya, mengapa baru sekarang disuruh beri anak kepada keluarga angkat? S menceritakan bagaimana dikasari oleh teman lelakinya. Ia bermula dari kursus yang diambil semasa IPT.

Kursus berkumpulan yang sering memerlukan perbincangan di kedai mamak atau cafe. Sudahlah dia seorang je wanita, jika dia tidak hadir dalam perbincangan dan kajian kumpulan, mereka tidak mahu masukkan namanya dan berkongsi nota.

Saya menasihati jika ini adalah cara untuk belajar berhenti adalah lebih baik. Tidak perlu diteruskan. Tak serik? Baik tak usah ambik kursus dibidang itu. Belajarlah dibidang lain yang patuh syariah cara belajarnya dan cara kerjanya nanti.

Cukuplah sekali sudah terkena, Tak kan perkara yang sama nak terjadi. Kata trauma? Oleh itu, jangan kembali ke tempat yang sama dan jalan yang sama. Ikut jalan lain yang diredhai Tuhan. Nak menjaga anak setelah berjuang menanggung derita, biar pun siapa anak ini, dia telah lahir dari rahim mu.

Maka pelihara dia, Rezeki anak dan anda di dalam jaminan Allah, insyaAllah ada jalannya yang ditunjukkan. S diam berfikir.

Kredit: Baitus Solehah

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags