Sekatan COVID-19 Ditamatkan, Ribuan Rakyat China Dilapor Berebut Beli Tiket Melancong Ke Luar Negara 

Sekatan COVID-19 Ditamatkan, Ribuan Rakyat China Dilapor Berebut Beli Tiket Melancong Ke Luar Negara 

Ribuan rakyat negara China dilapor berlumba untuk membeli tiket penerbangan keluar negara apabila Beijing akhirnya membatalkan perintah berkurung di negara itu selepas tiga tahun, lapor Daily Mail.

Pada Isnin lalu, China telah menyatakan bahawa mulai 8 Januari ini pelancong yang masuk ke negara itu tidak perlu lagi untuk kuarantin. Perkara itu merupakan langkah terbaru Beijing selepas perintah kawalan pergerakan sifar Covid mula dilonggarkan.

China sebelum ini telah mula membatalkan ujian saringan mandatori Covid serta perintah berkurung di negara itu pada awal bulan Disember ini.

Bagaimanapun, negara itu kini sedang mengalami lonjakan jangkitan terbesar di dunia dengan beberapa laporan mendakwa seramai 5,000 orang meninggal dunia sehari di negara itu akibat Covid-19.

Berita pembukaan sempadan itu telah memberikan khabar gembira buat rakyat negara itu kerana kerajaan telah menguatkuasakan perintah berkurung sejak Mac 2020 yang lalu.

Kredit EPA

Kini pelancong yang ingin memasuki China hanya perlu melakukan ujian PCR yang boleh diambil 48 jam sebelum penerbangan mereka ke China dalam langkah pembendungan Covid yang telah dilonggarkan oleh negara tersebut.

“Saya merasakan wabak itu akhirnya akan berakhir. Rancangan perjalanan yang saya buat tiga tahun lalu kini mungkin menjadi kenyataan,” kata seorang pekerja pejabat di Beijing.

Seorang penduduk Shanghai pula berkata, ia berasa seperti seseorang telah menekan butang untuk menamatkan filem sambil menambah bahawa ibu bapanya di Britain akan dapat melawatnya dengan mudah pada bila-bila masa.

“Akhirnya, China kembali normal,” kata penduduk tersebut.

Sementara itu, carian dalam talian berkenaan penerbangan ke luar negara melonjak apabila berita pembukaan sempadan diumumkan. Laman web tempahan pelancongan Tongcheng telah menyaksikan lonjakan sebanyak 850 peratus dalam carian dan peningkatan 10 kali ganda dalam pertanyaan mengenai visa.

Manakala, sebuah lagi platform saingannya, Trip.com Group berkata carian untuk destinasi luar negara yang popular kini meningkat 10 kali ganda dalam masa setengah jam pengumuman itu dibuat. Para pengguna sangat berminat untuk melawat Macau, Hong Kong, Jepun, Thailand dan Korea Selatan.

Sumber: Daily Mail

The post Sekatan COVID-19 Ditamatkan, Ribuan Rakyat China Dilapor Berebut Beli Tiket Melancong Ke Luar Negara  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*