
Alhamdulillah… tahniah diucapkan kepada pelakon Rashidi Ishak, 50, yang kini sudah kembali bergelar suami apabila selamat bernikah dengan pengarah drama ‘Kampung People’ iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin pada Khamis.
Menerusi laporan mStar, anak perempuan Rashidi, Maryam Rashika menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi foto bapanya mengenakan baju Melayu berwarna putih.
“Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Doktor Martens di majlis kahwin ayahnya,” tulis Maryam.
Manakala, anak lelaki Rashidi iaitu Mikhail Imran turut berkongsi perkara yang sama dimana dia dipercayai berada di majlis berkenaan yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial bernama Saiful Zahairie Zainuddin juga berkongsi foto di Facebook. Menerusi hantaran tersebut, Saiful mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.
“Semoga bahagia ke akhir hayat,” katanya.
Be the first to comment