Selamba, Zizan Ajak Lisa Blackpink Tengok Polis Evo 3 Macam ‘Member’

zizan lisa polis evo

Selamba, Zizan Ajak Lisa Blackpink Tengok Polis Evo 3 Macam ‘Member

Sapa seperti kawan rapat, pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak meraih perhatian warga maya selepas meninggalkan komen di foto milik penyanyi terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink pada Isnin lalu.

Menerusi Instagram Lisa, Zizan dilihat secara berseloroh mengajak Lisa untuk menonton filem Polis Evo 3 yang sedang ditayangkan di pawagam, sekiranya mempunyai masa kelapangan.

Pelakon Polis Evo itu dengan selamba menyapa Lisa dengan panggilan ‘Saa’ di laman komentar mencuit hati warga maya.

“Saaaa… kalau free-free jangan lupa tengok Polis Evo 3 okay. Thank you Saaa,” tulis Zizan sambil meletakkan emoji mata berbentuk love.

Kredit: Instagram

Reaksi warga maya

Komen yang ditinggalkan sememangnya meraih pelbagai reaksi daripada warga maya terutamanya peminat Zizan dan Lisa.

Ia mula dibanjiri dengan warga Malaysia kerana terhibur pelawak tersebut mengajak Lisa seolah-olah penyanyi itu merupakan kawan rapatnya.

Kredit: Instagram

Komen Zizan mendapat beratus balasan daripada warga maya yang rata-rata adalah rakyat Malaysia, yang hanya faham konteks ayat Zizan tersebut.

“Hahaha macam ajak member sahaja,” kata Salihin.

“Dia panggil Lisa macam jiran duduk belakang rumah dia sahaja,” ujar Jenni.

Kredit: Instagram

Sesetengah mereka ada juga yang membuat dakwaan, penyanyi Korea Selatan itu pasti terkejut apabila gambarnya dibanjiri dengan rakyat Malaysia.

Tindakan spontan Zizan itu berhasil membuatkan ramai yang geli hati malah dengan panggilan Saaa yang diberikannya juga melekat sehingga sekarang.

“Mung Sa, Sa kan sahaja dia Zizan,” kata Lyana.

“Ingat dia member abang ke,” tambah Mizzhanz sambil meletakkan emoji menangis.

Untuk rekod, Zizan melakonkan watak sebagai Inspektor Sani dalam filem terbaru arahan Syafiq Yusof, Polis Evo 3.

BACA: Pecah Rekod, Polis Evo 3 Raih Kutipan Lebih RM10 Juta Dalam Masa Tiga Hari

Minggu lalu Polis Evo 3, dilapor berjaya memintas jumlah kutipan ‘box office’ Polis Evo 2 dengan beroleh keuntungan kira-kira RM25 Juta dalam tempoh tujuh hari sejak ia ditayangkan di pawagam.

Polis Evo 2 sebelum ini meraih RM23 Juta dalam tempoh 44 hari.

Memetik Astro Awani, filem paling itu mendapat kutipan tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik.

Ia juga berjaya mengatasi rekod kutipan minggu pembukaan filem Mat Kilau.

Sumber: @lalalalisa_m/Instagram

The post Selamba, Zizan Ajak Lisa Blackpink Tengok Polis Evo 3 Macam ‘Member’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*