fbpx

Selangor Larang Guna Khidmat Imam Luar Negara Imamkan Solat Tarawih

Selangor larang guna khidmat imam luar negara

Selangor Larang Guna Khidmat Imam Luar Negara Imamkan Solat Tarawih

Hanya imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dibenarkan bagi mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di negeri Selangor, kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni selaku Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor.

Menurutnya, selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik oleh kariah masjid berkenaan turut dibenarkan menjadi imam bagi solat tarawih bulan Ramadan ini.

Selangor larang guna khidmat imam luar negara

Tambahnya, khidmat imam luar negara tidak akan dibenarkan kecuali telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah atau ayat-ayat pendek.

“Pelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak melebihi 20 minit,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis, semalam. 

Mohd Zawawi berkata segala pelaksanaan solat fardu, dan solat Jumaat termasuk aktiviti program masjid dan surau dibenarkan dengan mengikut syarat yang harus ditetapkan.

Langkah berjaga-jaga tetap harus diambil

Selain itu, semua orang dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga walaupun kita sedang berada di fasa peralihan endemik Covid-19 yang sedang dilalui ketika ini.

“Pihak pentadbir masjid, surau dan musolla serta jemaah digalakkan untuk memakai pelitup muka.

“Selain itu, individu yang mempunyai gejala atau kurang sihat tidak digalakkan hadir ke masjid dan surau,” katanya.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Terdahulu, kerajaan Negeri Sembilan mengingatkan ahli politik supaya tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini sebagai pentas untuk berceramah politik. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata ia bagi memastikan institusi berkenaan tidak disalah guna selain menjaga keharmoniannya, sekali gus memelihara kesucian agama Islam.

Katanya larangan ke atas mana-mana ahli politik atau wakil rakyat daripada menggunakan masjid sebagai ‘tapak’ ceramah juga sudah lama dikeluarkan. Larangan tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

“Kita ingatkan mereka yang datang berceramah ke sini, tidak boleh berceramah politik, kena hati-hati, kita tak nak perkara ini merosakkan institusi masjid. Kalau nak berceramah, buatlah ceramah umum di luar…janganlah kacau masjid dan surau.

Sumber: Sinar Harian

The post Selangor Larang Guna Khidmat Imam Luar Negara Imamkan Solat Tarawih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*