Selangor tambah RM21.1juta baiki cerun tanah runtuh di Batang Kali

SHAH ALAM – Sebanyak RM21.1juta tambahan peruntukan bagi pembaikan cerun di lokasi tanah runtuh Batang Kali, Hulu Selangor dekat sini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini selepas laporan bencana tanah runtuh di lokaliti itu dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (MMKN).

“Kerajaan negeri bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM21.1 juta bagi pembaikan cerun hasil cadangan daripada Jabatan Kerja Raya.

“Selain itu, garis panduan berhubung aktiviti perniagaan serta tapak perkemahan akan diusahasama oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan keselamatan warga Selangor yang menjalankan aktiviti-aktiviti ini,” katanya dalam kenyataaan hari ini.

Sebelum ini, insiden tanah runtuh di jalan Batang Kali- Getting Highlands yang turut menarapkan sebahagian tapak perkhemahan Father’s of Organics itu telah menyebabkan 31 nyawa terkorban.

Jelas Amirudin, kerja-kerja pengukuhan tebing di Bukit Permai Fasa 2 sedang dilaksanakan sementara menanti laporan penuh analisa daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat disiapkan.

Ujarnya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah mengeluarkan notis kepada penduduk 15 buah rumah supaya dikosongkan kerana kawasan tersebut tidak selamat untuk diduduki akibat pergerakan tanah susulan kejadian tanah runtuh di lokaliti tersebut.

“Selain itu, kerajaan negeri telah memperuntukan RM50 juta bagi projek turapan jalan raya yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat pada tahun ini.

“Usaha ini yang melibatkan penyelenggaraan serta pelebaran jalan di bawah kelolaan negeri akan dipengerusikan Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri, Ir. Izham Hashim,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan komitmen kerajaan negeri untuk membaik pulih, menyelenggara serta menaik taraf fasiliti kemudahan awam di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diteruskan menerusi Projek Selangor Penyayang Fasa 2 dengan peruntukan RM500,000 bagi setiap DUN bermula akhir Februari ini. -KOSMO!ONLINE

The post Selangor tambah RM21.1juta baiki cerun tanah runtuh di Batang Kali appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*