Kembali Jadi Ibu Selepas 12 Tahun, Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

syura badron bayi lelaki

Kembali Jadi Ibu Selepas 12 Tahun, Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga, penyanyi Syura Badron dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Masai, Johor pada Isnin lalu.

Atas rasa gembira dengan kehadiran cahaya mata itu, suaminya, Muhamad Farizat membuat satu perkongsian di laman Instagram memaklumkan kepada umum mengenai perkara berkenaan.

Dalam perkongsian murni itu, Farizat sempat meluahkan rasa syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada orang ramai kerana menitipkan doa buat keluarga kecilnya.

“Syukur Alhamdullillah, pada 13 march 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putra seberat 2.5 kilogram secara normal pada pukul 9.01 malam, Isnin.

“Terima kasih di atas segala doa yang tidak henti-henti dari semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian.

“Terima kasih sayang (Syura) untuk anugerah terindah ini,” kata suaminya di laman Instagram pada Isnin.

Difahamkan pasangan tersebut sudah mempunyai nama yang sesuai buat anak lelakinya itu.

Mereka meletakkan nama Muhammad Umar Eussof, kepada bayi lelakinya itu.

“Assalammualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof,” tambahnya.

Pada November 2022, Syura membuat satu perkongsian kompilasi video berkenaan dengan pengumuman kehamilan kepada seisi keluarganya.

Pada awal video, penyanyi itu memberi kejutan kepada suaminya dengan meletakkan baju bayi di dalam sebuah kotak.

Baju bayi itu mempunyai cetakan grafik mempamerkan tulisan, ‘You are going to be a daddy‘.

Untuk rekod, pasangan sejoli itu bergelar suami isteri pada Januari tahun lalu di sebuah Masjid As-Salam yang terletak di Puchong Perdana.

Difahamkan, ini bukan perkahwinan pertama penyanyi tersebut yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama suami pertama pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, Syura dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Diana Irdani, Nurul Qaisara Sofia dan Muhammad Irfan Aryan.

Tidak terburu-buru dapatkan zuriat

Seperti yang dilaporkan media, sebelum ini pasangan itu tidak berasa tertekan dan terburu-buru untuk mendapatkan zuriat.

Ujar Syura, suaminya tidak pernah menganggap zuriat sebagai perkara yang perlu dipercepatkan dan perkara mengenai kehamilan sudah dibincangkan sebelum berkahwin lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Sumber: syurabadron/Instagram

BACA: Bayi 10 Bulan Maut, Lemas Mainan Tersekat Di Lubang Tab Mandi

The post Kembali Jadi Ibu Selepas 12 Tahun, Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*