Selepas Amazon & Microsoft, Giliran Google Pula Kurangkan Sehingga 12,000 Pekerja Tahun Ini

Selepas Amazon & Microsoft, Giliran Google Pula Kurangkan Sehingga 12,000 Pekerja Tahun Ini

Syarikat induk Google, Alphabet Inc dilapor akan melaksanakan proses pengurangan sehingga 12,000 pekerja tahun ini, lapor BBC.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google dan Alphabet, Sundar Pichai dalam satu email yang dihantar kepada kakitangannya berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan tersebut.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan-kakitangan yang terkesan dengan proses itu kerana bekerja keras selama ini dan sumbangan mereka kepada syarikat adalah tidak ternilai.

”Walaupun keputusan ini sukar, namun kami berikrar untuk memberikan bantuan kepada anda yang terjejas sementara anda meneroka peluang baharu.

”Sebelum proses itu bermula, kami mohon untuk anda menjaga keselamatan diri dan bersabar apabila menerima berita sukar ini. Selain itu, anda juga diminta untuk bekerja dari rumah buat sementara waktu,” katanya dalam email itu.

Proses berkenaan dijangka akan menjejaskan kira-kira 6 peratus tenaga kerja Alphabet di seluruh dunia.

Terdahulu, Pichai turut mengumumkan pakej pampasan pemberhentian pekerja bagi kakitangannya di Amerika Syarikat dimana mereka yang terlibat akan menerima sekurang-kurangnya 16 minggu gaji, bonus 2022, percutian berbayar dan enam bulan perlindungan kesihatan.

Microsoft sebelum ini turut mengumumkan bahawa pihaknya akan mengurangkan sehingga 10,000 kakitangan pada tahun 2023 dan beberapa minggu lepas, sebuah lagi syarikat gergasi, Amazon turut mengumumkan akan mengambil keputusan yang sama.

Gergasi platform beli belah atas talian itu dilapor akan mengurangkan sehingga 18,000 pekerja tahun ini. Tindakan tersebut yang turut diambil beberapa syarikat lain dipercayai berpunca daripada ramalan dunia bakal mengalami kemelesetan tahun ini dan sebagai langkah untuk mengurangkan kos operasi.

Menurut laman web teknologi Layoffs.fyi, sekurang-kurangnya 194,000 tenaga kerja yang terlibat dalam industri teknologi di Amerika Syarikat kehilangan pekerjaan masing-masing sejak bermulanya 2023, tidak termasuk jumlah pengurangan pekerja yang diumumkan oleh Alphabet pada Jumaat.

BACA: Kenapa Tarikh Tahun Baru Cina Berubah-rubah, Tak Tetap Macam Tarikh Tahun Baru Lain? Ini Sebabnya

Sumber: BBC

The post Selepas Amazon & Microsoft, Giliran Google Pula Kurangkan Sehingga 12,000 Pekerja Tahun Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*