Selepas MU Dibaham 7-0, Pengadil Saran Liga Ikut Peraturan Masa Tambahan FIFA

pengadil saran ikut tambahan FIFA

Selepas MU Dibaham 7-0, Pengadil Saran Liga Ikut Peraturan Masa Tambahan FIFA

Ketua Pengadil FIFA, Pierluigi Collina mencadangkan bahawa masa kecederaan penuh harus ditambah dalam sesuatu perlawanan. Katanya lagi, masa tambahan yang tepat harus diberikan walaupun sesebuah pasukan itu sedang ketinggalan dalam jumlah jaringan yang besar.

Collina turut memberikan contoh ketika Liverpool membelasah Manchester United dalam saingan EPL, Ahad lepas. Katanya lagi, perlawanan tersebut hanya diberikan masa tambahan selama tiga minit sahaja selepas tamat masa sebenar 90 minit.

Menurut Skysport, tempoh berkenaan tidak memadai memandangkan Liverpool menjaringkan enam gol pada separuh masa kedua dan keraian setiap jaringan memakan masa yang banyak. Selain itu, kedua-dua belah pihak turut menggunakan semua slot pemain gantian yang tuurt memakan masa.

Katanya lagi, situasi yang sama berlaku ketika kemenangan 5-2 Real Madrid ke atas Liverpool dalam perlawanan UCL sebelum ini. Ujar Collina, pengadil ketika itu hanya memberika masa tambahan selama tujuh minit sahaja. Namun, sekiranya masa permainan yang terbuang dikira dengan tepat, perlawanan itu perlu diberi 16 minit masa tambahan.

Terdahulu, di Piala Dunia Qatar, FIFA telah melaksanakan masa tambahan sebenar dengan banyak perlawanan diberi masa tambahan melebihi 10 minit. Perubahan itu telah membawa kepada beberapa siri perlawanan yang berlanjutan sehingga 100 minit pada masa keseluruhan permainan.

Saran liga ikut masa tambahan FIFA

Justeru, pengadil-pengadil di semua liga harus mengambil pendekatan yang sama dalam memberikan masa tambahan. Menurut Collina, pengadil perlu peka dengan masa terbuang menerusi keraian gol, pertukaran pemain dan juga pemain cedera yang menerima rawatan.

Collina juga menegaskan bahawa menjaga masa yang tepat adalah penting, walaupun terdapat pasukan yang sudah mempunyai skor jaringan 7-0.

“Hujung minggu lalu dalam Liga Perdana terdapat 10 perlawanan. Empat daripadanya mempunyai masa tambahan sehningga 10 minit atau lebih dan dua lagi sepatutnya mendapatkan lebih tinggi.

”Namun itu diberikan kerana mungkin kerana kedudukan ketika itu 7-0 dan 4-0.

“Dalam perlawanan di Liverpool, terdapat penambahan empat minit keseluruhannya, satu pada separuh masa pertama dan tiga pada separuh masa kedua.

”Mungkin pada satu ketika, kita akan mempunyai peraturan, jika perbezaan jaringan besar maka masa tambahan yang tepat tidak perlu diberikan. Tetapi, itu harus menjadi peraturan perlawanan dahulu,” katanya.

Menurutnya lagi, cadangan memberikan masa tambahan yang tepat pada jaringan 7-0 mungkin sukar untuk difahami. Tetapi dalam beberapa pertandingan, perbezaan gol keseluruhan pertandingan mungkin menjadi penentu pada kedudukan akhir.

“Jadi, walaupun satu gol yang dijaringkan ia boleh memberikan perbezaan kepada pasukan,” katanya lagi.

FIFA sebelum ini semua liga di seluruh dunia menerima pakai perubahan masa tambahan yang dilaksanakan di Piala Dunia Qatar sebelum ini. Jika ia diterima, maka waktu permainan selama 100 minit mungkin menjadi rutin dalam kebanyakan liga domestik.

Badan penggubal peraturan antarabangsa bola sepak, IFAB juga telah mengumumkan rancangan untuk mengkaji semula ‘masa efektif’ yang dimainkan semasa perlawanan.

Lima bahagian utama seperti penggantian, kecederaan pemain, penalti dan kad merah, VAR dan sambutan gol diguna dalam mengira masa berhenti keseluruhan perlawanan.

Sekiranya perubahan ini diterima, Collina percaya pemain akan berhenti membuang masa selepas ini.

“Saya yakin pembaziran masa akan dikurangkan apabila pemain tahu mereka tidak boleh untuk membuang masa dan mendapat masa tambahan,” kata Collina.

BACA: Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian

Sumber: Skysports

The post Selepas MU Dibaham 7-0, Pengadil Saran Liga Ikut Peraturan Masa Tambahan FIFA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*