Info
Semakan Bantuan Prihatin 2.0 Bermula 15 Oktober 2020

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan pusingan kedua bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui Bantuan Prihatin Nasional 2.0.
Bantuan ini ditujukan untuk rakyat Malaysia untuk memudahkan dan meringankan beban yang dihadapi ketika pandemik Covid-19.
Sebanyak RM7 billion akan diserahkan kepada 10.6 juta rakyat yang terlibat. Ini merupakan golongan dan bantuan yang akan diterima:
- B40 bujang sebanyak RM500
- B40 isi rumah sebanyak RM1,000
- M40 bujang sebanyak RM300
- M40 isi rumah sebanyak RM600
Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua ansuran. Pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021.
Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 ini.
Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.
Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPN 2.0
Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN:
Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan Klik CARI. Status permohonan akan dipaparkan.
TARIKH BAYARAN BPN 2.0
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada pemohon yang layak akan dilakukan secara ansuran sebanyak 2 kali.
- Bayaran Pertama: Hujung bulan Oktober 2020
- Bayaran Kedua: Januari 2021
Wiser.my

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV
- Selebriti3 days ago
‘Saya doa anak awak semua jadi macam sajat’- Ibu Muhammad Sajjad Marahkan Pegawai JAIS
- Selebriti4 days ago
“Saya Digari, Dikasari” – Sajat Perjelas lsu Video Digari Semasa Beri Keterangan Pada JAIS?
- Info6 days ago
‘Bila mama papa tidur, saya buka pintu & boypren terus masuk rumah’ – Remaja hamil dinodai teman lelaki ketika PKP
- Semasa5 days ago
Ada Yang Lulus Ada Yang Tak, KWSP Tampil Beri penjelasan Atas Sebab Ini Sebenarnya
- Santai3 days ago
‘Untungla, video berlakun aje pun’, Babak Drama Bidadari Salju Dikecam Netizen