“Sembuh Dulu Baru Duit..” Banding Dengan Negaranya, Lelaki Indonesia Akui Hospital Malaysia Jauh Lebih Bagus

Lelaki Ini Banding Perubatan Malaysia-Indonesia

“Sembuh Dulu Baru Duit..” Banding Dengan Negaranya, Lelaki Indonesia Akui Hospital Malaysia Jauh Lebih Bagus

Baru-baru tular satu isu yang mengatakan perkhidmatan perubatan di Malaysia dikatakan berpatutan sehingga ramai warga Indonesia berhijrah untuk mendapatkan rawatan.

Susulan itu, Presiden Indonesia Joko Widodo atau dikenali Jokowi membuat satu ciapan berkenaan dengan rakyatnya yang memilih untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Beliau mendedahkan rata-rata penduduk di negaranya memilih untuk pergi ke negara jiran, Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Hampir dua juta rakyat Indonesia masih memilih untuk mendapatkan rawatan di luar negara setiap tahun.

“Lebih kurang satu juta pergi ke Malaysia, 750,000 ke Singapura, selebihnya pergi ke Jepun, Amerika, Jerman dan lain-lain,” memetik hantaran itu.

Layanan orang Malaysia kepada rakyat Indonesia

Sehubungan itu, seorang lelaki bernama @tollewijaya2 mengulas tentang isu Menteri Kesihatan Indonesia yang dikatakan malu apabila para pesakit berhijrah untuk mendapatkan perubatan.

Bagaimanapun, @tollewijaya2 tidak menafikan perkara tersebut malah mengiyakannya kerana mengakui pengendalian hospital antara dua negara itu dilihat jauh berbeza.

Gambar Hiasan: Astro Awani

Dalam kesempatan itu juga, @tollewijaya2 menceritakan bagaimana layanan yang diberikan atas perkhidmatan hospital di Malaysia berbanding Indonesia.

Menurutnya, salah seorang daripada kawannya pernah terlibat dalam kemalangan motosikal yang berlaku di persimpangan jalan Maran, Kuantan.

Dalam masa yang sama, saksi yang melihat kejadian lantas menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan segera.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan kawannya yang parah, mereka (saksi) telah memutuskan untuk menghantarnya ke Hospital Besar Kuantan.

Lebih menyentuh hati, @tollewijaya2 berkata, pertolongan itu diberikan secara ikhlas tanpa melihat latar belakang atau kedudukan mangsa (kawannya).

Bayaran hospital tidak mencecah RM200

Di sisi lain, mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu diselubungi rasa takut kerana tidak mempunyai bekalan kewangan yang mencukupi.

Namun menurutnya, perkara tersebut tidak ‘penting’ bagi orang Malaysia kerana mereka mementingkan keselamatan mangsa.

Justeru, @tollewijaya2 dan kawan-kawannya yang lain telah mengumpulkan sejumlah wang untuk persediaan bayarannya kerana berpendapat bahawa bayaran yang dikenakan adalah mahal.

Ketika ingin membayar, mereka dipercayai terkejut kerana kadar caj yang dikenakan tidak mencecah RM200.

Kredit: @tollewijaya2 | Tiktok

90 peratus Malaysia, 10 peratus Indonesia

Tambah @tollewijaya2, di Indonesia, walaupun pesakit sudah nazak, prosedur hospitalnya tetap sama iaitu mementingkan kedudukan dan latar belakang mangsa.

Lebih menyedihkan bagi golongan miskin, ada sesetengah hospital akan memberi alasan dengan ketiadaan doktor untuk ‘mengusir’ para pesakit.

Justeru, @tollewijaya2 mengatakan bahawa layanan di perkhidmatan hospital di Malaysia wajar diberikan setinggi 90 peratus berbanding Indinesia hanya 10 peratus.

Hal ini berikutan prosedur di Malaysia dikatakan mementingkan kesembuhan para pesakitnya, setelah selesai barulah anda dikehendaki membayar.

Berbeza dengan Indonesia yang lebih mendahulukan duit, dokumen dan pelbagai prosedur penting sebelum memasukkan pesakit ke dalam hospital.

Untuk pengetahuan, video yang berdurasi tiga minit itu telah mendapat tontonan sebanyak 599,000, 37,700 tanda suka dan 3,677 komen (setakat artikel ditulis).

Tidak ketinggalan komen yang ditinggalkan oleh warganet yang merupakan warga Indonesia yang mengiyakan segala yang dikongsikan oleh @tollewijaya2.

Antara komen yang ditinggalkan:

Lelaki Ini Banding Perubatan Malaysia-Indonesia
Kredit: @tollewijaya2 | Tiktok
Lelaki Ini Banding Perubatan Malaysia-Indonesia
Kredit: @tollewijaya2 | Tiktok

Berikut disertakan video penuh untuk tontotan:

@tollewijaya2

♬ suara asli – Tolle wj – Tolle wj🇮🇩🇲🇾

 

Sumber: @tollewijaya2 | Tiktok

The post “Sembuh Dulu Baru Duit..” Banding Dengan Negaranya, Lelaki Indonesia Akui Hospital Malaysia Jauh Lebih Bagus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*