Sempena Aidilfitri, Tempahan Hotel di Kelantan Dilaporkan Penuh

hotel kelantan aidilfitri

Sempena Aidilfitri, Tempahan Hotel di Kelantan Dilaporkan Penuh

Tempahan hotel di Kelantan dilaporkan sudah penuh sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula pada hujung minggu ini, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kenyataan tersebut diakui oleh Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kelantan Maimun Mohd Hussain.

“Semua 18 buah hotel yang bernaung di bawah MAH Kelantan sudah penuh.

“Situasi itu membantu pihak kami untuk ‘bernafas’ dalam suasana ekonomi hari ini,” maklumnya kepada pihak Sinar Harian, Selasa lepas.

Amalan menempah hotel ketika menjelang Syawal dalam kalangan rakyat Malaysia

Untuk makluman, menempah hotel telah menjadi amalan terbaharu yang dilakukan ketika musim Aidilfitri sejak kebelakangan ini.

Kebiasaannya, bilik hotel yang ditempah adalah berdekatan dengan lokasi kampung halaman.

Tindakan tersebut dipercayai dapat mengurangkan ‘kesesakan’ di rumah ibu bapa masing-masing ketika sambutan lebaran.

Hal ini kerana, ruangan di dalam rumah ibu bapa berkemungkinan tidak dapat menampung kehadiran mereka terutama bagi yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai.

Selain itu, ramai yang memilih pendekatan tersebut kerana ingin menjaga aurat antara ipar-duai.

Manakan tidak, kehadiran sepupu dan ipar yang berlainan jantina menyebabkan pergerakan, khususnya wanita agak terbatas.

Sesak Teruk Di Lebuhraya Karak, Dari 12 Malam Sampai 5 Pagi Masih Tersangkut

Terdahulu, dilaporkan berlaku kesesakan lalu lintas di lebuh raya Karak awal pagi semalam.

Kesesakan berlaku dari Tol Gombak hingga ke Hentian Rawat dan Rehat (RnR) Genting, berdasarkan hasil tinjauan Facebook semalam.

Berdasarkan laporan Siakap Keli, kesesakan teruk yang berlaku dipercayai kerana kerja-kerja penyelenggaraan jalan di beberapa kawasan.

Menurut perkongsian awam, ada yang mendakwa kesesakan yang berlaku sehingga mencecah 10 kilometer. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang dapat mengesahkan dakwaan tersebut.

Selain itu, dalam perkongsian yang berbeza pula, ada yang mendakwa dirinya terperangkap dalam kesesakan tersebut hampir lima jam.

Berikutan itu, ada pengguna jalan yang berpendapat bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sepatutnya dijalankan lebih awal.

Susulan itu, Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan tersebut telah dihentikan bermula semalam.

BACA: Tak Jadi Bercerai, Syamsul Tak Lafazkan Cerai Ke Atas Puteri Sarah

Sumber: Sinar Harian

The post Sempena Aidilfitri, Tempahan Hotel di Kelantan Dilaporkan Penuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*