Senang Nak Isi Angin, Ini Tips Simpan Tayar “Spare” Dengan Betul

tips simpan tayar "spare"

Senang Nak Isi Angin, Ini Tips Simpan Tayar “Spare” Dengan Betul

Umumnya, setiap orang gemar bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan kereta, lebih-lebih lagi dalam jarak yang jauh.

Tidak seperti motosikal, kereta dapat membuatkan anda lebih selesa sewaktu melakukan perjalanan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat melindungi anda daripada panas terik dan hujan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang merancang perjalanan jauh, perlu memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

Ia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku di atas lebuh raya seperti tayar pancit sekaligus boleh merencatkan perjalanan anda.

Sehubungan itu, penting bagi pemandu untuk memastikan tayar simpanan (tayar spare) mereka sentiasa ada di waktu kecemasan. Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui cara yang betul untuk meletakkan tayar ini pada kenderaan mereka.

Untuk mengetahui langkah yang tepat meletakkan tayar spare anda dengan betul, mari kita ikuti perkongsian @mekanikkampung di bawah.

Tips Simpan Tayar Spare Dengan Betul

Tips: letak tayar spare dengan kedudukan valve isi angin tu mengadap pintu trunk. Supaya senang nak check dan isi angin. Dalam kedudukan ni, walaupun barang penuh atas papan tu, masih boleh selit-selit pam masuk.

Kalau model macam perodua alza, dia datang dari kilang dengan valve menghadap ke atas, jadi kena bukak tayar spare untuk check/isi angin. Terbalikkan tayar ni supaya valve menghadap ke bawah. Ada orang kata bunyi kalau pasang terbalik tapi aku buat ok je pastikan ketat.

Gambar: Parts Gateway

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Gambar: Twitter @mekanikkampung

Ni design yang tak fikir panjang. Setengah model pegi buat terbalik macam ni. Susah nak check & isi. Korang boleh terbalikkan bagi dia ke atas tapi mungkin tak boleh nak pasang skru dia dan tayar tu akan bergerak-gerak dalam trunk dan berbunyi

Ni design yang lagi tak bijak. Aku tak pernah cuba terbalikkan tayar spare camni sebab takut rim calar dengan besi sauh dia tu.

Tekanan Angin Tayar Spare

Berapa nak isi angin tayar spare? Kalau jenis kecik tu isi 60 psi/420 kPa. Kalau saiz biasa, ikut je pressure tayar lain. Sebulan sekali boleh la check angin. 

Sumber: Twitter @mekanikkampung

The post Senang Nak Isi Angin, Ini Tips Simpan Tayar “Spare” Dengan Betul appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*