Connect with us

Semasa

Seorang Lelaki Ditahan Polis, Kes Gaduh Ditengah Jalan Di Cheras

Published

on

Baru-baru ini, satu video telah tular di media sosial yang memaparkan dua orang individu berg aduh di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang terlibat dalam perga duhan berkenaan di kediamannya dekat Cheras pada petang tadi.

Menurut laporan Bernama, siasatan polis mendapati punca berga duhan itu berlaku adalah kerana rasa tidak puas hati susp ek atas tindakan memotong barisan(potong Q) oleh seorang lagi lelaki yang terlibat dalam perg aduhan itu ketika keluar daripada persimpangan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzafir Mohd Yussof berkata, “Mangsa ce dera di muka dan badan serta patah pergelangan tangan kanan, retak tulang muka serta hidung,” ketika dihubungi Bernama.

Tambah beliau lagi, lelaki yang ditahan itu akan direman esok.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Kajang telah menerima dua rakaman video kejadian melalui aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah selepas dipukul.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial berkenaan, susp ek dilihat menyerang mang sa yang berada di dalam keretanya bertubi-tubi, sebelum mang sa keluar untuk bertindak balas.

Dua uncle Cina gaduh di tengah jalan. Road rage C180, Cheras Selatan. Kemalangan kecil yg punca pencetusan pergaduhan tersebutCredit : Liz Lim Peik Cheng

Posted by Tamizhar Media TV on Thursday, June 20, 2019

 

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Tags

Archives

Trending