Serang Imam Tengah Solat Subuh, Lelaki Kurang Siuman Ditahan

serang imam tengah solat

Serang Imam Tengah Solat Subuh, Lelaki Kurang Siuman Ditahan

KUANTAN- Seorang lelaki kurang siuman dilaporkan telah ditahan selepas menyerang seorang imam ketika menunaikan solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 awal pagi Ahad, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.18 pagi, suspek  berumur dalam lingkungan 40-an secara tiba-tiba datang menyerang imam terbabit dari belakang.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, kejadian tersebut berlaku di ruangan solat lelaki masjid berkenaan.

Jelasnya lagi, mangsa dijemput untuk mengimamkan solat Subuh pada Program Khatam Subuh 2.0 di masjid itu.

BACA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

“Berdasarkan kronologi kejadian, semasa solat Subuh rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shutter’ masjid di laluan berhadapan bank CIMB.

“Lebih kurang 1 minit selepas itu, ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki kurang siuman telah bertindak menolak jemaah belakang dan menuju ke arah imam terbabit.

“Secara serta-merta memukul imam itu dengan selipar yang berada di tangannya. Imam terus mengelakkan diri daripada serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, tular video yang menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman telah memukul imam di masjid terbabit.

Video tular di media sosial

Menerusi video yang berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat suspek yang memakai baju Melayu berwarna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam menerpa ke arah jemaah.

Dia menolak beberapa orang jemaah sebelum dipercayai memukul imam dengan sepasang selipar berwarna putih.

Sementara itu, Wan Mohd Zahari berkata pihak keselematan masjid dan jemaah terus bertindak menghalang tindakan lelaki itu selepas melihat kejadian tersebut.

Suspek telah ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sehingga kini, video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

BACA JUGA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Sumber: Sinar Harian 

The post Serang Imam Tengah Solat Subuh, Lelaki Kurang Siuman Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*