Seteru Utama Al Nassr Berminat Dapatkan Khidmat Messi, Sedia Tawar RM 1.3 bilion Setahun

Seteru Utama Al Nassr Berminat Dapatkan Khidmat Messi, Sedia Tawar RM 1.3 bilion Setahun

Satu lagi kelab Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Lionel Messi selepas ketibaan pemain Cristiano Ronaldo ke kelab seteru mereka Al Nassr, lapor Sport Bible.

Menurut laporan media Sepanyol, pesaing utama kelab Al Nassr iaitu Al Hilal sedang mencari cara untuk mengikat kontrak bersama Messi yang merupakan pesaing hebat bagi Ronaldo.

Kelab Al Hilal dilaporkan bersedia untuk menawarkan kepada pemain legenda Argentina itu dengan tawaran kontrak bernilai USD 300 juta (RM 1.3 bilion) setahun.

Messi kini merupakan duta pelancongan bagi negara Arab Saudi. Kelebihan itu telah membuka ruang untuk membantu usaha Al Hilal bagi memikat pemain bintang itu bermain di Timur Tengah.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Lionel Messi mahu anda melepaskan segala emosi dalaman anda dan mencari perkara yang tidak dapat dibayangkan. Sama ada mengembara untuk menemui perkara baharu atau perkara yang sudah berlalu.” tulis laman web ‘Visit Saudi’.

Menurut Sport Bible lagi, negara Arab Saudi dipercayai akan membantu Al Hilal dari segi kewangan agar mereka dapat menandatangani kontrak bersama Messi.

Negara Arab Saudi percaya bahawa dengan memiliki dua bintang bola sepak terbesar di dunia akan dapat membantu meningkatkan mutu liga bola sepak Arab Saudi.

Ronaldo dikhabarkan bakal membuat penampilan sulung menentang pasukan PSG dalam perlawanan persahabatan yang terdiri daripada gabungan pemain terbaik dari kelab Al Nassr dan Al Hilal.

Sementara itu, pengurus Al Nassr, Rudi Garcia berkata penampilan sulung Ronaldo di Al Nassr bakal dipamerkan pada perlawanan mereka 22 Januari ini ketika menentang kelab Al Ettifaq dalam Liga Profesional Saudi.

Sumber: Sport Bible

The post Seteru Utama Al Nassr Berminat Dapatkan Khidmat Messi, Sedia Tawar RM 1.3 bilion Setahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*