Singapura bertahan tapi Malaysia menyerang

KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon menjangkakan Singapura bermain secara bertahan apabila berdepan Malaysia malam ini melihat kepada corak permainan mereka ketika mengikat Vietnam 0-0, Jumaat lalu.

“Melihat aksi Vietnam ketika menentang Singapura, mereka memang sukar dapat kemenangan. Singapura lebih gemar bertahan di kubu dan bertemu Malaysia, hanya aksi menarik yang akan kami sajikan.

“Malaysia berbeza, pende­katan kami juga berbeza, kami lebih suka bergerak ­aktif, bertenaga dan bermain seca­ra dinamik untuk menang,” tegasnya.

Pan Gon berkata, beliau juga tidak kesal dengan corak permainan yang dipamer anak-anak bu­ahnya ketika menentang Vietnam kerana Malaysia mahu bermain secara dominan dan menyerang.

Tambahnya, cuma nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya apabila kalah 0-3.

Ketika ditanya mengenai status Azam Azmi Murad yang dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Vietnam, beliau berkata, tiada apa yang boleh diulas mengenai perkara tersebut kerana apa yang telah berlaku perlu ditinggalkan di belakang.

The post Singapura bertahan tapi Malaysia menyerang appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*