Singapura Jatuh Merosot, Duduki Tempat Ke-13 Dalam Senarai Tempat Paling Instagrammable Di Dunia

singapura tempat paling instagrammable

Singapura Jatuh Merosot, Duduki Tempat Ke-13 Dalam Senarai Tempat Paling Instagrammable Di Dunia

Singapura gagal mengekalkan kedudukan teratas selepas jatuh merosot ke tempat 13 dalam 50 senarai tempat paling Instagrammable berbanding tahun lepas, lapor Yahoo! Sinagpura.

Difahamkan, pada tahun lalu Singapura telah dinamakan sebagai tempat paling Instagrammable, menurut penerbitan pelancongan Big 7 Travel. 

Singapura telah dikalahkan oleh Milan, London dan Paris yang masing-masing menduduki tempat tiga teratas dalam senarai Top 10 dalam ranking 2023.

Penerbitan itu memilih pemenang berdasarkan jumlah hashtag yang dibuat di aplikasi Instagram dan tontonan orang ramai di Tiktok untuk setiap destinasi.

Singapura telah memperoleh lebih 41 juta hashtag di Instagram dan 11 bilion tontonan di Tiktok berbanding Milan yang mendapat 22 juta hashtag Instagram dan 97 bilion tontonan Tiktok.

Negara yang tersenarai dalam kedudukan 10 teratas ialah Milan, London, Paris, Istanbul, New York, Nepal, Chicago, Bali di Indonesia, Sri Lanka dan Sydney yang terletak di Australia.

Menerusi laman web penerbitan pelancongan Big 7 Travel, sebanyak 50 destinasi yang menarik telah disenaraikan bagi memudahkan orang ramai untuk melawati tempat itu pada tahun 2023.

Destinasi yang dipilih itu menawarkan pelbagai peluang untuk pelancong menangkap gambar serta video yang menakjubkan untuk menarik perhatian umum dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Lima senarai tempat paling Instagrammable

Milan, Itali

Kredit: Big 7 Travel

Milan merupakan ibu kota fesyen di Itali. Tempat itu merupakan destinasi popular untuk peminat media sosial dan pengembara. Bandar tersebut menawarkan tempat ikonik dan kawasan kejiranan yang bergaya untuk latar belakang foto yang sempurna. Pada tahun 2023, Milan kekal sebagai destinasi utama untuk tempat Instagrammable.

London, England

Kredit: Big 7 Travel

Bandar tersebut menawarkan tempat menarik seperti mempunyai mercu tanda dan pemandangan indah untuk suapan berita yang canggih. The London Eye, sebuah roda Ferris memiliki pemandangan yang berlatar belakangkan langit bandar yang cukup menawan selain mempunyai tempat bersejarah.

Paris, Perancis

Kredit: Big 7 Travel

Bandar ini sering menjadi pilihan dan merupakan kegemaran buat pengembara. Daripada Menara Eiffel dan Notre Dame yang ikonik hingga jalan berbatu di Montmartre, Paris memiliki sesuatu yang diinginkan oleh para pelancong.

Istanbul, Turkey

Kredit: Big 7 Travel

Istanbul adalah bandar yang kaya dengan sejarah dan seni bina yang menakjubkan.Dari Istana Topkapi yang megah dan Masjid Biru ke pasar jalanan yang meriah dan rumah berwarna-warni di kawasan kejiranan Beyoğlu, semuanya sesuai untuk Instagram di Istanbul dan menjadikan sebagai lokasi wajib bagi mereka yang ingin menceriakan Instagram mereka.

New York, USA

Kredit: Big 7 Travel

New York menawarkan tempat yang menarik dan setakat ini adalah salah satu tempat yang paling popular untuk dilawati. Dengan berbilion-bilion tontonan merentas Instagram dan TikTok, pengembara pasti akan menarik perhatian baharu.

Sumber: Yahoo! Singapore

The post Singapura Jatuh Merosot, Duduki Tempat Ke-13 Dalam Senarai Tempat Paling Instagrammable Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*