‘Soal halal atau haram rezeki saya, biar Allah yang tentukan’ – Ujar Baby Shima

Baby Shima atau nama sebenar, Nor Ashima Ramli, enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai rezeki yang diperoleh dari kerjayanya sebagai penyanyi dangdut.

Ini kerana, soalan berkaitan rezeki baginya agak sensitif dan lebih selesa jika tidak berbicara mengenainya.

“Soal halal atau haram rezeki saya, biarlah Allah saja yang tentukan. Apa pun saya berterima kasih dengan kebanyakan netizen yang prihatin dengan perihal menari gelek itu. Termasuk kepada mereka yang tak jemu menyokong karier seni saya selama ini.

“Walaupun dikecam, saya okey saja. Saya tidak mampu mengawal serta menutup mulut orang untuk memberi komen dan pandangan mereka terhadap apa yang saya buat. Namun saya menghormati semua itu dan sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas daripada kekhilafan,” katanya memetik laporan dari Harian Metro, Khamis.

Menurut laporan itu, Baby Shima menjadi bahan bualan di media sosial berikutan video dirinya bergelek dengan Aliff Syukri dalam video teaser Baby Sayang yang dimuat naik ahli perniagaan kontroversi itu.

Bagi Baby Shima, dia hanya sekadar melakukan apa yang dia suka dan menjelaskan dia adalah penyanyi dangdut dan menari gelek itu adalah perkara biasa baginya.

Baby Shima sedar, apa saja alasan yang diberikannya pasti akan dikecam netizen dan mujurlah dia kini sudah biasa dikecam serta hanya mampu berterima kasih dengan segala teguran yang diberi.

BACA: Sudah 10 tahun Kahwin, Ashanty Kata Anang Minta Hubungan Intim Setiap hari..?

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*