Southampton Pecat Nathan Jones

Southampton pecat Nathan Jones

Southampton Pecat Nathan Jones

Southampton telah memecat pengurus, Nathan Jones selepas tiga bulan beliau mengendalikan kelab Liga Perdana (EPL) itu, memetik laporan Eurosport.

Difahamkan pemecatan itu berkait rapat dengan prestasi semasa yang ditonjolkannya dalam beberapa siri perlawanan terakhir kelab itu.

“Kelab Bola Sepak Southampton mengesahkan ia telah memecat dengan Pengurus Pasukan Utama Lelaki, Nathan Jones.

“Tidak hanya itu, jurulatih pasukan pertama, Chris  Cohen dan Alan Sheehan juga dikatakan telah meninggalkan kelab itu,” maklum satu kenyataan.

Dalam masa sama, Rubén Sellés akan mengendalikan latihan dan bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya menentang Chelsea hujung minggu depan.

Menurut Eurosport, Jones telah dilantik menggantikan Ralph Hasenhuttl yang telah berkhidmat selama empat tahun dengan kelab itu.

Bagaimanapun, pengurus berusia 49 tahun itu telah berjaya meraih satu-satunya kemenangan menentang Everton dalam lapan perlawanannya sebagai pengurus.

BACA JUGA:  Pelabur Qatar Nak Beli Manchester United, Bantu Ten Hag Dapatkan Pemain Termahal

Kekalahan terkini diaibkan Wolves

Kekalahan terbaharu The Saints dicatatkan apabila tumpas di tangan Wolves walaupun pada mulanya kelab itu mendahului perlawanan dengan sepakan gol daripada Carlos Alcaraz.

Bagaimanapun, pada minit ke-27 perlawanan, Mario Lemina telah dilayangkan kad kuning kedua sekali gus meninggalkan Wolves untuk beraksi dengan 10 pemain.

Kehebatan Wolves tiada tandingnya selepas menyamakan kedudukan pada minit ke-72 (gol sendiri) dan gol kedua oleh Joao Gomes beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

“Saya tidak pernah melakukannya dalam hidup sebelum ini. Dalam 390 perlawanan, saya tidak pernah melakukannya. Tetapi saya tidak pasti sama ada saya bertepuk tangan untuk menunjukkan rasa hormat,” kata Jones.

Southampton pecat Nathan Jones
Kredit: ESPN

Tidak dapat dinafikan pemecatan Jones sebagai pengurus dipercayai berkait rapat dengan prestasi semasa ditampilkannya dalam beberapa perlawanan terakhir.

Jones berjaya membawa kelab itu ke separuh akhir Piala Liga di mana pasukan kendaliannya ditewaskan pendahulu top 5 EPL, Newcastle United.

Perlawanan terakhir Jones menyaksikan kelab itu dikalahkan 1-2 di tempat sendiri oleh Wolverhampton Wanderers untuk meninggalkan mereka di tangga tercorot liga.

Untuk rekod, Southampton kini berada pada kedudukan paling tercorot di zon penyingkiran apabila hanya mampu mencatat empat kemenangan daripada 21 perlawanan.

Sumber: Eurosport

The post Southampton Pecat Nathan Jones appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*