SPM 2022: Subjek Sejarah Catat Peningkatan Prestasi Paling Tinggi

subjek sejarah peningkatan prestasi

SPM 2022: Subjek Sejarah Catat Peningkatan Prestasi Paling Tinggi

Prestasi SPM tahun 2022 menunjukkan peningkatan dan penurunan bagi beberapa mata pelajaran berbanding keputusan SPM 2021 yang lalu.

Menurut laporan Astro Awani, antara prestasi mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Sains.

Dalam kesemua mata pelajaran tersebut, Sejarah telah mencatatkan peningkatan prestasi paling tinggi iaitu sebanyak 0.23 mata.

Manakala, mata pelajaran yang menunjukkan penurunan ialah mata pelajaran Pendidikan Moral dengan mencatatkan penurunan sebanyak 0.07 mata.

Secara keseluruhan, sebanyak 69 daripada 95 mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan, manakala sebanyak 24 mata pelajaran telah mencatatkan penurunan.

Sementara itu, terdapat dua mata pelajaran telah menunjukkan prestasi tidak berubah atau kekal.

Selain menunjukkan peningkatan prestasi, calon yang layak menerima sijil SPM turut meningkat

Selain itu, peratusan calon yang layak menerima sijil SPM 2022 juga telah menunjukkan peningkatan, mencatatkan sebanyak 91.6 peratus berbanding 88.1 peratus pada 2021 yang lalu.

Sejak syarat pensijilan 2013 diperkenalkan, peningkatan sebanyak 3.5 peratus ini merupakan pencapaian terbaik pernah direkodkan. Ia juga berlaku buat julung kalinya dengan pencapaian melebihi 90 peratus.

Dalam pada itu, sebanyak 75.8 peratus daripada Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) layak menerima sijil SPM.

Peratusan itu meningkat 6.7 peratus berbanding 69.1 peratus pada tahun 2021 yang lalu. Jumlah itu bersamaan dengan seramai 154 calon SPM.

Laporan Analisi Keputusan Peperiksaan SPM 2022 yang lengkap boleh diakses dengan melayari portal Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, KPM memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 bakal diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

KPM berkata, calon boleh memperolehi keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 daripada sekolah masing-masing. Ia boleh diperolehi mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Jelas KPM lagi, bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

Sumber: Astro Awani

The post SPM 2022: Subjek Sejarah Catat Peningkatan Prestasi Paling Tinggi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*