“Step by Step”, Cara Nak Isi E-Filing Cukai Buat Kali Pertama

e-filing kali pertama

“Step by Step”, Cara Nak Isi E-Filing Cukai Buat Kali Pertama

Bulan Mac ini, setiap tahun adalah tempoh genting buat mana-mana individu yang bekerja makan gaji. Biasanya, dalam tempoh ini, semua sedang sibuk di hadapan kumputer masing-masing untuk mengisi E-Filing.

Sitem berkenaan yang ditawarkan laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebenarnya agak rumit bagi mereka yang pertama kali mahu mengisi.

Sudah tentu banyak teka-teki yang timbul dan jawapannya pula entah ada dimana kan? Kesilapan yang berlaku mungkin akan memberi kesukaran kepada anda kelak. Yelah, perkara cukai ini bukan boleh buat main.

Para pengisi sistem e-filing buat kali pertama, jangan risau!

Seorang pengguna Twitter (@AzrulIzzaham) baru-baru ini telah berkongsi panduan untuk mengisi e-filing buat kali pertama.

Jadi kali ini, kami mahu bawakan perkongsian beliau kepada anda semua dan diharapkan ia dapat membantu anda mengisi E-Filing buat kali pertama. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian tersebut dibawah.

Pertama sekali, anda perlu mendaftar akaun dan log masuk ke dalam sistem MyTax terlebih dahulu (https://mytax.hasil.gov.my/).

isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter

Seterusnya, anda perlu memiliki borang EA untuk mengisytiharkan hasil pendapatan anda dalam sistem e-filing ini. Untuk makluman, borang EA adalah sejenis borang yang dikeluarkan oleh pihak majikan kepada pekerjanya.

Dalam borang tersebut, segala keterangan mengenai gaji tahunan anda tertera dengan jelas.

Pada paparan awal ini, anda cuma perlu mengisi beberapa maklumat asas seperti nama dan status perkahwinan. Jika anda pilih status berkahwin, kotak kedua iaitu kotak ‘jenis taksiran’ akan terpapar. Bagi suami dan isteri, sama ada kedua-duanya memiliki sumber pendapatan ataupun tidak, layak membayar cukai ataupun sebaliknya, digalakkan pilih secara berasingan.

Diingatkan semula, hasil pendapatan yang dikecualikan cukai tidak sama maksud dengan hasil pendapatan yang tidak layak dikenakan cukai.

Paparan seterusnya adalah seperti dibawah, anda masih perlu mengisi maklumat asas seperti biasa. Cuma untuk mengisi bahagian kotak merah, anda kena merujuk kepada borang EA majikan yang paling terkini. Kalau tiada nombor, kosongkan sahaja.

isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter
isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter
isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter

Ini penjelasan untuk bahagian cukai yang ditanggung oleh majikan.

isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter

Untuk paparan seterusnya, tidak banyak yang perlu diisi. Jika tiada kaitan dengan hidup anda, pilih tidak. Pendekkan cerita. Cuma kalau berkaitan, contoh macam ada jual aset hartanah tahun tersebut, jadi boleh pilih Ya.

Bagi kaedah bayaran balik cukai, anda boleh masukkan keterangan bank anda untuk memudahkan pihak LHDN memberikan wang itu semula kepada anda.

isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter

Untuk bahagian seterusnya senang sahaja. ‘Pindahkan’ sahaja JUMLAH dari Borang EA ke kolum ini. Bilangan penggajian tersebut merupakan jumlah tempat korang bekerja dalam tempoh tahun 2022. Ambil kira majikan lama dengan baru. Setiap majikan kena keluarkan Borang EA.

isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter
isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter

Manakala pada bahagian ini pula, ia merujuk kepada amaun cukai yang ditolak dari gaji anda.

isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter
e-filing pelepasan cukai
Kredit: Twitter

Huraian untuk pelepasan cukai

Paparan seterusnya mengenai pelepasan cukai. Bahagian ini ramai yang mula bercakap mengenai resit disebabkan amaun yang hendak dimasukkan pada bahagian pelepasan cukai.

Untuk pelepasan individu ini sebenarnya automatik semua dapat. Jadi, tidak perlu mengemukakan apa-apa resit.

e-filing kali pertama
Kredit: Twitter

Untuk kolum ni pelepasan boleh tolak sampai RM5,000 sebenarnya. Termasuk ketika anda beli komputer, laptop juga. Anda juga boleh klik pada kotak info (bewarna hijau) untuk melihat pelepasan-pelepasan lain yang boleh ditolak.

isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter

Bagi paparan ini pula, cara hendak membaca pelepasan ini adalah seperti berikut:

Suami yang tiada pendapatan atau, Isteri yang tiada pendapatan atau, Bayaran alimoni kepada bekas isteri (atas arahan mahkamah).

Kalau suami atau isteri masing-masing ada mempunyai sumber pendapatan walaupun tidak layak dikenakan cukai, janganlah isi pelepasan ni.

isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter

Ini pelepasan anak. Suami atau isteri boleh je nak tuntut pelepasan anak sepenuhnya 100% atas nama suami, atau sepenuhnya 100% atas nama isteri atau nak bahagi 50%-50% pun boleh. Tiada masalah.

e-filing kali pertama
Kredit: Twitter

Untuk pelepasan bahagian insurans/takaful ini perlu berhati-hati. Paling penting, rujuk penyata tahunan. Bahagian tuntutan tersebut ada beza antara pekerja kerajaan yang berstatus persara dengan bukan persara.

Had pelepasan insurans hayat bagi persara RM7k, manakala bukan persara pula dalam RM3k sahaja.

isytihar hasil pendapatan e-filing
Kredit: Twitter
e-filing pertama
Kredit: Twitter

Kalau ada menginap di mana-mana hotel, cuba buat semakan di sini. Sesipaa yang menginap di hotel yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), layak menerima pelepasan cukai. Tempahan melalui Agoda pun boleh, asalkan berdaftar di bawah MOTAC.

Selain itu, inap desa dan AirBnb ke kalau berdaftar dengan Motac boleh juga.

e-filing kali pertama
Kredit: Twitter
Semua jenis zakat yang dibayar individu, boleh isi pada bahagian ini. Pastikan simpan resit bayaran zakat dan dapatkan penyata tahunan.

Bayaran zakat ini yang dibayar pada tahun 2022, hanya boleh diminta pelepasan cukai buat tahun yang sama. Bayaran yang dibuat pada 2023, walaupun dekat resit tulis haul 2022, tidak dapat pelepasan cukai bagi tahun 2022.

Nanti, selepas siap masukkan semua amaun yang berkaitan, anda akan mendapat rumusan pengiraan masing-masing. Kadar cukai yang turun Belanjawan 2023 baru-baru ini tidak ada kena mengena.

Hal ini disebabkan, anda hendak mengisytiharkan pendapatan yang diperoleh pada tahun 2022, Belanjawan 2023 pula akan digunapakai pada pengisytiharan untk tahun 2023.

 e-filing kali pertama
Kredit: Twitter

Pada bahagian bawah pula, sistem akan memaklumkan pembayar cukai, jika terdapat sebarang lebihan atau tunggakan cukai.

 e-filing kali pertama
Kredit: Twitter

Sebelum hantar, pastikan anda sudah mengisi semua keterangan tanpa tercicir apa-apa dan semak berulang-ulang kali. Jika tiada masalah, barulah boleh meletakkan tandatangan dan menekan butang ‘Hantar’.

Jika berlaku ralat semasa proses tandatangan, anda perlu merujuk secara terus pada nombor tertera dan hubungilah LHDN bagi menyelesaikan isu teknikal.

 e-filing kali pertama
Kredit: Twitter

Walaupun sudah melakukan semakan berulang kali dan menekan butang ‘hantar’, tetapi masih berlaku kesilapan, anda boleh melakukan pembetulan pada sistem ini semula.

Menurut Asrul Izzaham, jika huraian diberikan di atas tidak mencukupi dan mahu penerangan dengan lebih terperinci, anda boleh merujuk Nota Penerangan BE 2022.

Pada setiap ruangan kolum, ada penjelasan terperinci mengenai setiap satu perkara. Nota Penerangan ini memang akan dikeluarkan setiap tahun untuk membantu para pembayar cukai.

BACA: Jangan Sampai LHDN Datang ‘Ketuk Pintu’, Ni Jumlah Minima ‘Income’ Individu Yang Wajib Bayar Cukai

Sumber: @AzrulIzzaham via Twitter

The post “Step by Step”, Cara Nak Isi E-Filing Cukai Buat Kali Pertama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*