Suami curang saat isteri sarat mengandung

Tergamaknya si suami apabila sanggup berlaku curang bersama teman sepejabat dalam keadaan isteri sedang sarat mengandung.

Itu ujian rumah tangga dihadapi seorang wanita menerusi luahannya pada Facebook Luahan Hati Seorang Isteri, berhubung kisah curang suaminya bersama rakan sekerja.

Suri rumah itu berkata, wanita yang menjalin hubungan dengan suaminya juga mengetahui lelaki tersebut sudah berumah tangga serta mempunyai anak.

“Bila kita mengandung dan sibuk menjaga anak, tapi suami ada skandal bermain cinta dengan perempuan kerja pejabat. Perempuan itu nampak saya mengandung, suami pegang anak-anak, tapi masih sanggup bermain cinta dengan suami orang.

“Apa niat hati dia, dia tak rasa kasihankah tengok saya sedang mengandung. Sanggup dia tak tolak suami saya untuk ajak bercinta, masih berhubung mengajak suami berjumpa,” katanya pada hantaran tersebut.

Ujarnya lagi, suaminya juga sanggup mengabaikannya dan anak-anak seterusnya bermain cinta dengan wanita itu.

“Saya minta cerai, tapi suami tidak mahu ceraikan. Dia pun dah bernikah dengan wanita itu di Thailand. Suami tidak mahu lepaskan saya, apa patut saya buat sebab memang tak boleh nak hidup berkongsi kasih.

“Sekarang ini saya sudah berpindah dekat dengan tempat kerja suami. Dia tak pernah tak balik rumah, tapi saya masih tak boleh maafkan dia sebab saya tahu dia masih ada isteri lain,” katanya.

BACA: Suami bakar isteri dalam kereta di Subang

Kredit: – KOSMO! ONLINE

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*