Connect with us

Global

Suami Dipercayai Berkomplot Dengan Ibu Kandung, Racun Isteri Hingga Mati Kerana Tak Izinkan Kahwin Lain

Published

on

Malang tidak berbau. Seorang wanita bergelar isteri dipercayai meninggal dunia selepas diberi racun oleh suami dan ibu mentuanya di sebuah perkampungan di Chiniot, Pakistan.

Ibu kepada tiga orang anak ini didakwa dibunuh suami dan keluarga mentuanya kerana melarang suaminya untuk berkahwin lagi.

Menurut laporan polis daerah Kot Ismail memaklumkan bahawa wanita ini diberi secawan air yang beracun oleh suspek.

Memetik daripada laporan Gulf News, pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak 8 tahun lalu dan dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Difahamkan, wanita ini juga menjadi mangsa penderaan fizikal sejak dia tidak mengizinkan suaminya untuk berkahwin lain dan tidak enggan dimadukan.

Sumber: GulfNews

Video Menarik:


Advertisement

Tags

Archives

Trending