Suami ditangkap khalwat, isteri rela jadi penjamin

Hancur hati seorang isteri apabila dimaklumkan oleh jabatan agama bahawa suaminya ditahan kerana ditangkap khalwat bersama seorang wanita lain.

Pengalaman pahit itu dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang memaklumkan dia terpaksa pergi ke pejabat agama bagi mengikat jamin suaminya itu agar tidak dimasukkan ke lokap.

“Ikat jamin suami di balai, tidak, ikat jamin suami di pejabat agama.

“Allah sahaja yang tahu apa dalam hati apabila dapat tahu orang yang kita percaya khianat kepercayaan kita,” katanya dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik wanita tersebut, jelas terpancar raut wajahnya kecewa serta pandangan matanya dilihat kosong seakan cukup menggambarkan kekesalan dalam hatinya di atas tindakan suami tercinta.

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna lain sempat bertanya tentang keadaan wanita tersebut dan bagaimana penerimaannya terhadap suami semula sehingga sanggup menjadi penjamin membebaskan lelaki berkenaan.

Jawab wanita itu, hatinya hancur mengenang perbuatan ‘kejam’ suaminya, namun apabila mengingat semula kebaikan lelaki tersebut selama ini, dia cuba untuk reda.

“Saya mungkin hancur (hati) tapi saya masih fikir kebaikan yang pernah dia buat. Nak menangis tak guna, kena terima fakta orang yang kita sayang tak cintakan kita,” luahnya.

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut untuk terus kuat menerima ujian Allah terhadap rumah tangganya.

BACA: Gara-gara putus cinta, gadis maut selepas terjun dari tingkat 6

Sumber: – KOSMO! ONLINE

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*