Suami isteri ditahan bantu siasatan tuntutan palsu kutipan zakat RM600,000

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas ahli majlis sebuah agensi kerajaan negeri Terengganu ditahan reman bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Isteri lelaki tersebut turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman terhadap pasangan suami tersebut dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mereka yang masing-masing berusia 63 dan 40 tahun ditahan reman selama lima hari sehingga Ahad ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, lelaki tersebut disyaki menyalahguna kuasa melantik syarikat milik isterinya sebagai amil zakat.

Beliau berkata, tindakan berkenaan dipercayai bagi membolehkan kedua-dua suspek menerima komisyen penerimaan zakat sehingga RM600,000.

“Suspek kedua pula disyaki membuat tuntutan wakalah palsu antara tahun 2020 dan 2021,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Suami isteri ditahan bantu siasatan tuntutan palsu kutipan zakat RM600,000 appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*