Connect with us

Selera

Suami tetak leher isteri sampai mati sebab enggan dedah hubungan sulit, dua nyawa terbunuh

Seorang wanita hamil ditetak sampai mati oleh suaminya sendiri sebelum melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di rumah yang tidak bernombor, Pusat Pemeriksaan Kampung Tanah Merah, KM 50, Jalan Tawau-Semporna, Sabah.

Komander Daerah Polis Tawau, Deputi Komisioner Peter Umbuas mengatakan mereka telah menerima laporan kejadian pada pukul 7:00 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya di lokasi, polis menemui mayat mangsa, Norhasnah Sahanin, 20, di ruang tamu. Pemeriksaan menunjukkan bahawa ada tanda-tanda tetakan pada tengkuk, yang diyakini telah ditetak dengan senjata tajam.


Polis kemudian melancarkan gerakan memburu ke atas suspek warga Filipina berusia 22 tahun yang bekerja sebagai buruh ladang. Suspek, yang bersembunyi di ladang kelapa sawit, tujuh kilometer dari tempat kejadian, berjaya ditangkap pada pukul 12 tengah malam.

Polis juga merampas sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter dengan sarung biru, serta sepasang seluar panjang.

Motif kejadian itu disebabkan dari suspek yang mengetahui tentang hubungan isterinya. Suspek meminta mangsa menceritakan hubungan sulitnya, tetapi mangsa tak mahu berbuat demikian.

Tindakan mangsa itu membuat suaminya marah dan lalu bertindak menyerangnya.

Suspek direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sumber: Harian Metro


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags