Suasana Cemas Sekeluarga Siling Rumah Runtuh, Dakwa Berat Sebab Hujan

siling rumah runtuh

Suasana Cemas Sekeluarga Siling Rumah Runtuh, Dakwa Berat Sebab Hujan

Baru-baru ini tular di media sosial, siling di sebuah rumah runtuh hingga menimbulkan suasana cemas dalam kalangan sebuah keluarga.

Individu terbabit yang menggunakan nama pengguna @qilskye membuat perkongsian di laman TikTok mengenai kejadian ngeri yang sempat dirakam olehnya.

“Allahuakbar, masih terkejut menyaksikan semua huru-hara yang menakutkan ini,” menterjemahkan kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Individu itu mendakwa, siling rumahnya menjadi retak susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan ia menjadi ‘berat’ kerana dibebani dengan air.

Semasa dia merakamkan kejadian itu, siling itu juga seakan-akan ‘memahami’ apa yang dikatakan dan secara tiba-tiba ia menjadi retak dengan lebih teruk.

“Sekarang ini siling rumah mama dah pecah,” kata wanita terbabit sambil menunjukkan retakan siling rumahnya.

BACA: Keluarga Temui Dua Ular Sawa Batik Di Atas Siling Rumah

Retakan siling semakin kuat didengari

Gambar: Tangkap layar video tular

Suasana yang tadinya tenang bertukar menjadi kecoh kerana bunyi retakan siling itu semakin kuat didengari.

Individu tersebut melarikan diri ke tempat yang lebih selamat sambil menyuruh ahli keluarganya berkumpul.

Dengan keadaan panik, wanita yang dipercayai merupakan ibunya menyuruh untuk menutup semua suis elektrik.

“Kenapa tidak tutup elektrik (suis)? Tutup elektrik,” ujar wanita itu.

Pada mulanya, anaknya tidak mahu untuk melakukan arahan itu kerana terlampau takut untuk mendekati ruangan berbahaya tersebut.

Namun, terdapat wanita sedikit berusia yang dilihat berani membantu untuk menutup suis elektrik di ruang tamu itu.

Dalam pada itu, wanita terbabit sempat untuk menyelamatkan kipas selepas menutup semua suis di ruangan terbabit.

Keadaan menjadi tidak terkawal kerana masing-masing berasa takut dan panik susulan retakan siling itu menjadi semakin teruk.

Siling rumah runtuh

Gambar: Tangkap layar video tular

Ketika wanita terbabit cuba untuk berjalan ke hadapan mengambil barangan yang lain, siling itu menunjukkan tanda-tanda seakan-akan mahu runtuh.

Dalam sekelip mata, siling itu mula runtuh dengan perlahan-lahan bermula di bahagian tepi sebelum runtuh kesemuanya ke lantai.

Wanita yang tadinya berdiri di bawah siling itu cepat-cepat lari ke arah yang lebih selamat sambil menjerit.

Keluarga tersebut hanya mampu menjerit menyaksikan keruntuhan siling rumahnya sambil menyebut nama Tuhan.

@qilskye

Allahuakbar, still shock to witness all of this scary chaos 😰

♬ original sound – Qils – Qils

Sumber: @qilskye via Tiktok

The post Suasana Cemas Sekeluarga Siling Rumah Runtuh, Dakwa Berat Sebab Hujan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*