ALOR SETAR: DSAT Group Sdn Bhd menerusi anak syarikatnya Mahsuri Medical Centre (MMC) sudah menerima maklum balas terhadap surat cadangan untuk mengambil alih Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dibelenggu masalah kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, melalui maklum balas itu, KDA meminta pihaknya merujuk kepada peguam kelab bagi membincangkan asas serta terma tawaran dengan lebih terperinci.
Katanya, surat itu diterima petang semalam selepas MMC mengemukakan surat tawaran pada 3 November lalu.
“Alhamdulillah kami sudah menerima surat maklum balas susulan tawaran kami dan seperti yang dinyatakan oleh KDA semalam, ia memberikan reaksi positif yang mana kami diminta untuk berurusan lanjut dengan peguam kelab.
sumber: BH
“Saya berharap urusan fasa seterusnya akan berjalan lancar dan semoga ada sinar bagi DSAT dalam usaha memiliki, memulih dan meningkatkan KDA ke tahap yang lebih baik,” katanya.