Suka Duduk Dalam “Office” Je, Kenali Kokom, Kucing Yang Baru Dilantik Jadi Pegawai Kerajaan

Suka Duduk Dalam “Office” Je, Kenali Kokom, Kucing Yang Baru Dilantik Jadi Pegawai Kerajaan

Kebanyakan kucing di dunia ini memiliki gelagat dan telatah mereka yang mampu mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya, tidak kira golongan muda mahupun tua.

Kucing sememangnya ciptaan Tuhan yang paling digemari dan sentiasa disayangi sehingga ramai manusia yang mahu mengambil mereka sebagai haiwan peliharaan kerana ia sangat mudah dipelihara dan dijaga.

Namun, pernahkah anda terfikir bahawa golongan kucing ini juga mampu mendapatkan ‘pekerjaan’ seperti manusia lain?

Ya, ia merupakan perkara yang tidak asing lagi di beberapa negara termasuklah di Indonesia.

Sebelum ini, tular mengenai seekor kucing bernama ‘Soleh‘ yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Cukai di Tangerang Selatan, Indonesia.

Kini, seekor lagi kucing bernama ‘Kokom’ telah dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Teknikal di sebuah Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR).

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsi oleh @KemenPU di Twitter, ia jelas memaparkan wajah Kokom di dalam kad pekerja yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut berserta jawatan yang disandang oleh kucing berkenaan.

Kokom merupakan seekor kucing yang memiliki bulu berwarna kelabu berbelang hitam.

Sama seperti kakitangan awam yang lain, Kokom juga memiliki kad pekerja dengan logo rasmi daripada Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR).

Kredit: KemenPU via Twitter

Difahamkan, kad pekerja yang terdiri daripada gambar, nama serta jawatan yang dimiliki itu berfungsi sebagai tanda pengenalan bagi setiap pekerja yang bekerja di kementerian tersebut.

Kementerian tersebut turut memaklumkan bahawa Kokom mempunyai bidang kuasa di bangunan Sekretariat Agung PUPR.

Selain itu, Kokom juga dianggap sebagai seekor kucing yang takut panas dan tidak menggemari kawasan terbuka, maka disebabkan itulah ia ditempatkan di kawasan tertutup.

Kredit: @kokom.kucingpupr via Instagram

Bagaimanapun, kucing betina tersebut dilihat mempunyai perwatakan yang berbeza dengan seekor kucing lain yang turut ditempatkan di bangunan kementerian tersebut iaitu Lady Rocker.

Hal ini dikatakan kerana Lady Rocker sering ditemui di kawasan yang lebih terbuka seperti bangunan luar, taman dan tempat letak kereta.

Selain jawatan yang disandang oleh Kokom di kementerian tersebut, rata-rata pengguna media sosial turut tertanya mengenai bentuk gaji yang bakal diterima oleh kucing berkenaan.

Menurut kementerian itu, Kokom bakal menerima gaji dalam bentuk makanan kering iaitu Whiskas dan belaian sahaja. Pun begitu, ramai yang menganggap bahawa gaji tersebut adalah wajar jika diberikan kepada Kokom.

Apa yang lebih menarik, Kementerian PUPR turut membuka sebuah akaun Instagram baharu khas buat kucing tersebut iaitu @kokom.kucingpupr.

Difahamkan, akaun tersebut dibuka untuk berkongsi mengenai aktiviti harian yang dilakukan oleh Kokom sepanjang menjadi pekerja di bawah kementerian tersebut.

Sumber: KemenPU via Twitter, Tempo.co

The post Suka Duduk Dalam “Office” Je, Kenali Kokom, Kucing Yang Baru Dilantik Jadi Pegawai Kerajaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*