Surat Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun Berjaya Dihantar

surat 100 tahun

Surat Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun Berjaya Dihantar

LONDON — Sepucuk surat dipercayai berusia lebih 100 tahun akhirnya berjaya dihantar di sebuah flat di selatan london, Crystal Palace, lapor BBC News.

Surat berkenaan dipercayai ditulis pada Februari 1916 sebelum Perang Dunia Pertama. Ia tiba di flat Finlay Glen di Hamlet Road pada 2021.

Menurut Royal Mail, pihaknya terkejut dengan penemuan surat itu yang ‘terperam’ melebihi 100 tahun. Surat itu juga dilengkapi dengan cop pos Bath dan setem 1d (1p) yang memaparkan wajah Raja George V.

Tambah Jurucakap Royal Mail, insiden berkenaan jarang berlaku dan pihaknya tidak pasti mengenai perkara itu.

“Kami menghargai orang ramai yang tertarik dengan tahun surat itu ditulis (1916), tetapi kami tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kes itu,” katanya.

Bagaimanapun, penerima surat, Finlay Glen berkata, surat itu tertera nama penerima “Katie sayangku” selepas melihatnya.

“Saya berasa agak malu dan sedih dengan diri sendiri selepas apa yang saya lakukan. Lebih teruk lagi, saya sedang mengalami selesema teruk” tulis surat itu.

Gambar: Finlay Glen

Walaupun Akta Perkhidmatan Pos 2000 menjelaskan adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana individu yang membuka surat yang tidak dihantar kepada mereka. Namun, adalah lebih baik jika ia dibuka memandangkan telah lama ditulis.

BACA JUGA: Coklat Cadbury Berusia 120 Tahun, Dipercayai Tertua Di Dunia Dijumpai Dalam Keadaan Elok & Masih Boleh Dimakan

Sementara itu, Editor Norwood Review, Stephen Oxford berkata surat itu telah ditulis untuk isteri kepada seorang pembesar setem tempatan, Oswald Marsh.

Gambar: The Annual Monitor

Tambah Stephen, dia menganggap perkara itu sebagai satu petunjuk kepada sejarah tempatan dan orang di sekitar Norwood. Lebih-lebih lagi, kawasan tersebut merupakan lokasi popular kelas pertengahan pada akhir 1800-an.

Untuk makluman, usia surat itu juga sama dengan tahun kelahiran Perdana Menteri United Kingdom terdahulu, Harold Wilson dan Sir Edward Heath.

Terdahulu, Perpustakaan Negara Australia melaporkan berjaya menemui salah satu kotak coklat Cadbury tertua, lapor Daily Mail.

Difahamkan, ia berusia lebih dari satu abad dan masih dalam keadaan baik.

Hasil penelitian mendapati ia merupakan pemberian cenderamata Ratu Victoria semasa Perang Boer kepada tentera.

Sumber: BBC News

The post Surat Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun Berjaya Dihantar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*