Suria FM cipta rekod MBOR

GEORGETOWN – Suria FM mencatat sejarah dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai stesen radio pertama di Malaysia bersiaran secara live di atas kapal persiaran mewah, Genting Dream.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, rekod tersebut berjaya dicipta penyampai segmen Morning Morning Suria iaitu Suraya, Ajak dan Shuib selepas bersiaran selama dua jam bermula pukul 8 hingga 10 pagi tadi.

“Alhamdulillah ini adalah pembukaan tahun 2023 yang sangat bermakna bagi kami dalam memastikan momentum stesen ini terus berada dekat di hati pendengar. Ia umpama mimpi dalam mimpi.

“Saya secara peribadi sebelum ini memang berhasrat untuk melakar sejarah dalam MBOR sejak menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar sejak 2018.

DJ Lin memaklumkan, rekod tersebut berjaya dicipta penyampai segmen Morning Morning Suria iaitu Suraya, Ajak dan Shuib selepas bersiaran selama dua jam bermula pukul 8 hingga 10 pagi tadi.

“Justeru, hari ini sejarah tercipta. Alhamdulillah perancangan selama ini berjaya dilaksanakan bersempena dengan sambutan ulang tahun Suria FM ke-15 November lalu,” katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.

Turut hadir ialah Perunding Kanan MBOR Siti Hajar Johor dan Lee Pooi Leng.

Terdahulu, pada siaran pagi tadi yang mendapat kerjasama daripada Resorts World Cruises, Morning Morning Suria membawa tema Suria FM Membelah Samudera.

Siaran live tersebut turut disiarkan menerusi platform media sosial rasmi Suria FM seperti Facebook dan YouTube.

Tiga artis jemputan iaitu Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee turut dibawa memeriahkan acara.

Lebih istimewa, Suria FM turut membawa lima pendengar bertuah yang memenangi peraduan Suria 15 Tahun yang dijalankan sepanjang November dan Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Suria FM diiktiraf sebagai stesen radio berbahasa Melayu paling popular yang berada di kedudukan Top 3 di Malaysia dengan jumlah pendengar 3.5 juta. – KOSMO! ONLINE

The post Suria FM cipta rekod MBOR appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*