Syarikat Ini Kenakan Denda RM5,251 Kepada Pekerja Yang ‘Kacau’ Staf Tengah Cuti

Kacau' Staf Tengah Cuti

Syarikat Ini Kenakan Denda RM5,251 Kepada Pekerja Yang ‘Kacau’ Staf Tengah Cuti

Sebuah syarikat di India mengenakan denda sebanyak USD 1,200 (RM5,215) kepada kakitangannya yang didapati mengganggu rakan sekerja sedang bercuti, lapor NDTV.

Syarikat Dream11 yang merupakan platform sukan fantasi dilaporkan telah memperkenalkan dasar “Dream11 Unplug” untuk semua pekerjanya bagi membantu mereka untuk berehat.

Dasar ini akan membenarkan pekerjanya untuk tidak terlibat dalam mana-mana urusan kerja seperti bersembang dalam kumpulan menerusi aplikasi pesanan ringkas mahupun e-mel sekalipun.

“Sekali setahun, selama seminggu, anda akan dikeluarkan dari sistem (syarikat). Anda tidak mempunyai Slack (sistem penerimaan mesej), e-mel dan panggilan telefon,” kata dua pengasas bersama syarikat itu, Harsh Jain dan Bhavit Seth kepada CNBC.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Mengulas lanjut berkenaan denda, Jain berkata: “Sesiapa yang menghubungi pekerja lain semasa (polisi) Dream11 Unplug perlu membayar denda kira-kira USD 1,200 (RM5,215).”

Menurut mereka, polisi yang diperkenalkan ini telah berjaya setakat tempoh ia dilaksanakan.

“Di Dream11, kami sebenarnya mengeluarkan pekerja dari sistem, dimatikan dari setiap platform komunikasi seperti menerusi e-mel dan juga kumpulan di WhatsApp.

“Kami melakukan ini untuk memastikan tiada sesiapa dari ekosistem kerja Dreamster boleh menghubungi mereka semasa sedang bercuti,” tulis syarikat itu menerusi kenyataan mereka pada Februari tahun lalu di LinkedIn.

Menurut laporan NDTV lagi, pekerja yang layak mendapat kelebihan polisi ini adalah mereka yang telah bekerja sekurang-kurangnya satu tahun dalam organisasi.

Sumber: NDTV

The post Syarikat Ini Kenakan Denda RM5,251 Kepada Pekerja Yang ‘Kacau’ Staf Tengah Cuti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*