Tahniah, Man United ‘Sebenar’ Sudah Kembali – Pep Guardiola

Tahniah Man United - Pep Guardiola

Tahniah, Man United ‘Sebenar’ Sudah Kembali – Pep Guardiola

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola mengucapkan tahniah kepada Manchester United atas kejayaan merangkul gelaran juara Piala Carabao yang berlangsung baru-baru ini.

“Lambat laun ia akan berlaku bukan? Ia sepatutunya berlaku. Selamat datang United. Tahniah kepada United untuk Piala Carabao dan kepada Newcastle juga -permainan yang sangat menghiburkan,” katanya.

“Jika mereka (Man United) membelanjakan sedikit wang (mereka boleh menjadi pencabar dengan lebih kerap). Tetapi, mereka tidak berbelanja, bukan? Ia perkara biasa, mereka berada dalam kedudukan yang sepatutnya.

“Realitinya ialah mereka bertarung menentang dua pasukan hebat pada tahun lepas (Liverpool dan City) dan telah bermain dengan baik.

“Apabila saya tiba di sini, saya fikir United akan sentiasa berada di sana, untuk sejarah, untuk segala-galanya. Erik melakukan tugas dengan luar biasa,” tambahnya.

Tahniah Man United - Pep Guardiola
Kredit: EFL

Dalam pada itu, Guardiola mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya itu kerana telah mengangkat United dari kedudukan ‘biasa’.

Ia serta mengalu-alukan cabaran daripada pasukan itu untuk perlawanan akan datang.

Difahamkan sebelum ini, Guardiola dan pengurus Man United, Erik Ten Hag bertugas di Bayern selama semusim sebelum Guardiola bertindak untuk mengurus City.

Dalam perlawanan sebelum ini, United menewaskan Newcastle 2-0 untuk memenangi piala pertama di bawah kendalian Ten Hag di Old Trafford.

Malah, pasukannya itu juga dipercayai salah satu pencabar dalam Liga Europa selepas menumbangkan Barcelona 2-1 dan tidak dilupakan juga perebutan kejuaraan Liga Perdana.

Sama seperti Ten Hag, Piala Carabao adalah kejuaraan pertama yang dimenangi Guardiola di England lima tahun dahulu, malah melihat keterujaan yang sama dari pasukan United.

Terdahulu dia juga menegaskan bahawa mereka (City) perlu mencabar untuk penghormatan terbesar dalam England bagi menunjukkan siapa pasukan kendaliannya yang sebenar.

Tahniah Man United - Pep Guardiola
Kredit: Manchester Evening News

“Anda lihat betapa komitednya pemain, bagaimana mereka bersama-sama melakukannya. Apabila anda sudah lima atau enam tahun tanpa memenangi satu gelaran, anda perlu menjadikannya satu cabaran yang perlu anda buktikan.

“Saya masih ingat ketika kami mengembara untuk memenangi Piala Carabao pertama, kami dan semua orang (pemain) begitu teruja untuk melakukannya tidak kira bagi kakitangan atau pemain baharu,” jelasnya.

Tambah Guardiola, mereka telah memenangi Piala Carabao buat empat kali berturut-turut sejak itu.

“Ia perkara biasa. United mesti ada. Malah, kami sentiasa menjadi lebih baik daripada musim-musim sebelumnya. Apa sahaja boleh berlaku dalam Liga Perdana, katanya.

 

Sumber: Manchester Evening News

The post Tahniah, Man United ‘Sebenar’ Sudah Kembali – Pep Guardiola appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*