Tak dapat beli tiket bola, duduk rumah tonton ‘live’ – Peminat Jay Chou

PETALING JAYA – Puluhan ribuan peminat penyanyi terkenal, Jay Chou mengecam tindakan rakyat Malaysia yang menyerang akaun Instagram milik artis Taiwan itu sejak semalam.

Tinjauan Kosmo! di beberapa laman sosial mendapati, peminat penyanyi itu menyifatkan rakyat Malaysia sebagai ‘manusia tidak bertamadun’ kerana terus menyalahkan Jay Chou berikutan proses pemasangan pentas konsertnya yang dilihat ‘mengganggu’ ruang tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, peminat bola sepak tanah air marah dan kecewa apabila gagal mendapatkan 21,000 tiket ke separuh akhir Malaysia menentang Thailand dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada Sabtu ini.

Sehubungan itu, peminat bola sepak bertindak menyerang ruangan komen Instagram, Jay Chou sehingga menimbulkan rasa kurang senang peminat penyanyi berkenaan.

“Anda kutuk Jay Chou macam dia yang uruskan lokasi, tarikh konsert. Dia hanya artis yang dijemput untuk menghiburkan peminat di Malaysia, memang tak ada akal dan tak bertamadun buat rakyat Malaysia yang kaki kecam itu,” kata Weisein.

“Ini bukan salah Jay Chou, lagi pun, siapa tempah dahulu, dia yang patut beri keutamaan dahulu, tak dapat beli tiket masuk stadium, boleh tengok siaran langsung di televisyen,” ujar Victoria.

Dalam perkembangan lain, menerusi laman sesawang viagogo, baki tiket Konsert Jelajah Dunia Jay Chou di Kuala Lumpur hanya tinggal 243 sahaja dari 87,411 kapasiti yang disediakan. – KOSMO! ONLINE

The post Tak dapat beli tiket bola, duduk rumah tonton ‘live’ – Peminat Jay Chou appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*