Tak Libatkan Bajet Kerajaan, MB Kedah Mohon PM Pertimbang Projek Kedah Aerotropolis

Projek Kedah Aerotropolis

Tak Libatkan Bajet Kerajaan, MB Kedah Mohon PM Pertimbang Projek Kedah Aerotropolis

ALOR SETAR — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan di Facebook memohon Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan Pembangunan Projek Kedah Aerotropolis di Kuala Muda, Kedah.

Beliau berkata demikian selepas mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar lbrahim berhubung status projek berimpak tinggi di negeri itu selepas pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari lalu.

“Kami amat berbesar hati jika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memberi pertimbangan semula untuk menyokong dan seterusnya memberikan kelulusan ke atas Projek Kedah Aerotropolis ini,” katanya.

Fakta Kedah Aerotropolis

Kata Ahli Parlimen Jeneri itu, projek pembangunan berkenaan memainkan peranan penting sebagai “Economic Game Changer” untuk wilayah utara.

Ia bagi mengimbangi pembahagian ekonomi untuk mengurangkan jurang kaya miskin negeri-negeri di Wilayah Utara.

Tambahan lagi, Kedah Aerotropolis juga telah mendapat kelulusan dasar dan nasihat awal di dalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 27 Oktober 2020 dengan lapan nasihat yang perlu dipatuhi.

Projek ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai agensi berkaitan. Ia bertujuan untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi konsep pembangunan sebelum memasuki fasa seterusnya (design planning).

BACA JUGA: Pendapatan Kedah Tidak Terjejas Dengan Penutupan Premis Perjudian – Sanusi

“Kerajaan Negeri komited membangunkan Kedah Aerotropolis ini bagi mengangkat martabat ekonomi B40 (majoritinya) ke M40, M40 ke T20 dan seterusnya.

“Ini Selaras dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035), Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 dan Rancangan Malaysia Ke-12.

“Kedah Aerotropolis akan dibiayai sepenuhnya melalui Inisiatif Sumber Kewangan Swasta. Pemilihan dan pelantikan dua pelabur utama sebagai rakan srategik utama Kerajaan Negeri telah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat ini,”  jelasnya lagi.

Oleh itu, pembiayaan dana atau perbelanjaan projek yang diperlukan akan diselesaikan dalam masa terdekat ini. Manakala bajet Kerajaan Persekutuan pula tidak diperlukan.

Sehubungan itu, projek tersebut tidak mendatangkan risiko kepada Kerajaan Persekutuan dari segi beban kewangan.

Jelas Sanusi lagi, ia berupaya memperkasakan Industri Aeroangkasa demi pembangunan Ekonomi Rakyat selaras dengan RMK-12. Kedah Aerotropolis ini dibangunkan dengan visi untuk dijadikan sebagai Hab Industri Penerbangan Asia Pasifik (Asia Pacific Aviation Industry Hub) yang akan memberi fokus kepada Kargo, Logistik, MRO dan Pusat Kecemerlangan Aeroangkasa di Wilayah Utara.

“Dengan berfokuskan kepada Kargo, Kedah Aerotropolis akan berupaya dijadikan sebagai “Memphis of ASEAN”, juga seperti ”Luxembourg“ di Eropah, dan “Zhengzhou” di China.

“Jenis kargo yang dicadangkan di Kedah Aerotropolis tidak terdapat di mana mana lapangan terbang lain di Malaysia. Pelbagai jenis kemudahan kargo yang baharu seperti “Cold Chain”, “Aquatic”, “Frozen”, “Container Warehouse” dan “Transhipment Center” akan membantu mengembangkan pasaran dan peluang kepada Pelabur.

” Selain itu, Kedah Aerotropolis juga berfokuskan kepada MRO “Maintenance, Repair & Overhaul” dan Hab Kecemerlangan Aeroangkasa Serantau. Konsep ini merupakan aspirasi utama Negeri Kedah,” maklumnya lagi.

BACA JUGA: DUN Kedah Dijangka Bubar Selepas 18 Jun – Muhammad Sanusi

Dalam pada itu, unjuran permintaan kargo dan MRO dibuktikan dengan perancangan berasaskan bukti (”evidence-based”). Ia melalui penglibatan libat urus dengan pemain tempatan dan antarabangsa serta MOU yang telah ditandatangani.

Berdasarkan konsep terbaru Kedah Aerotropolis, sehingga kini 14 Memorandum Persefahaman, 13 Surat Niat dan 3 Surat Sokongan atau E-mel telah diperolehi daripada pemain industri dan agensi baik dari dalam mahupun dari luar negara.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) hanya salah satu sub-komponen sahaja dan berperanan sebagai “Enabler” kepada keseluruhan pembangunan Kedah Aerotropolis. Kepentingan penggunaan Runway dan Taxiway kepada pembangunan Aerotropolis.

“Ia akan bermula dengan “Integrated Logistics Hub” tanpa memerlukan lapangan terbang (Terminal Penumpang). Dimana ianya akan dibangunkan pada masa depan sekiranya terdapat permintaan kelak.

“Senario ini akan mengurangkan kos pembinaan Fasa 1 kepada RM3.25 bilion selain daripada kos pengambilan tanah,” tulisnya di akaun rasmi Facebook.

BACA JUGA: Miliki 4.5 Juta “Followers”, Ini Kucing Paling Terkenal Di Dunia

Konsep utama pembangunan adalah membangunkan sebuah perbandaran moden berasaskan penerbangan, dengan mensasarkan pasaran untuk Asia Pasifik. Ia adalah pembangunan berteraskan Jelapang Hijau (Green Field) iaitu pembangunan projek yang holistik dan bersepadu di atas sebidang tanah yang luas.

Justeru, Kerajaan Negeri dapat membangunkan semua komponen-komponen berkaitan tanpa kekangan mengikut permintaan pengiat-pengiat industri. Ia sekaligus merubah Landskap Ekonomi Negeri dan ekonomi rakyat yang majoritinya B40, supaya tidak terlalu bergantung kepada sumber daripada sektor pertanian.

Komponen Utama Kedah Aerotropolis 

Dalam projek pembangunan ini, ia merangkumi tiga komponen utama iaitu Airport City, Business Park dan Sidam Logistics, Aerospace & Manufacturing (SLAM)

Maklum ahli politik tersebut, pelbagai cadangan lebuh raya dan landasan kereta api yang akan disambungkan ke Kedah Aerotropolis.

Ia turut dibangunkan oleh NCIA bagi menepati sebagai Hab Pengangkutan Multi-Modal yang lengkap di kawasan ini.

“Pembangunan Kedah Aerotropolis ini wajar dilaksanakan bagi membawa Industri Aeroangkasa di Malaysia ke tahap yang baharu dengan kerjasama pihak Kerajaan dan sektor swasta.

“Ia juga dapat merancakkan industri kargo dan MRO di Malaysia. Selain ianya dapat melahirkan lebih ramai tenaga pekerja mahir tempatan yang akan menerajui pasaran di peringkat domestik dan antarabangsa.

BACA JUGA: Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

“Pembangunan ini direka untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Kedah. Ia bagi menarik pelaburan baharu dan mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Kawasan sekitar terdiri daripada perniagaan berorientasikan penerbangan, industri dan ekosistem yang akan menjana dan menyokong keseluruhan pembangunan Kedah Aerotropolis secara holistik,” jelasnya lagi.

Projek ini bagi mengurangkan kebergantungan negeri Kedah kepada sumber pertanian. Disamping meningkatkan status Negeri Kedah daripada negeri kedua paling miskin di Malaysia.

Sehubungan itu, dengan adanya Kedah Aerotropolis, jurang KDNK Kedah dapat dikurangkan daripada 55% ke 37% pada tahun 2030.

Ia demi kebajikan rakyat Kedah dan di wilayah utara. Oleh itu, kerajaan negeri itu memohon pertimbangkan semula keputusan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim berhubung projek itu.

“Kerajaan Negeri Kedah amat berharap pembentangan projek Kedah Aerotropolis dapat diaturkan dalam masa terdekat.

“Ia supaya penjelasan yang lebih terperinci dapat diberikan kepada YAB PM untuk pemahanan yang lebih mendalam serta menyeluruh berkaitan projek ini.

“Kerajaan Negeri juga berharap YAB PM dapat mempertimbangkan semula dan meluluskan projek Kedah Aerotropolis yang akan memberi manfaat yang ketara kepada Negeri Kedah dan Wilayah Utara.,” katanya.

Sumber: Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

The post Tak Libatkan Bajet Kerajaan, MB Kedah Mohon PM Pertimbang Projek Kedah Aerotropolis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*