Tak Mahu Pisah Dengan ‘Si Bulus’? Ini Tips Bawa Kucing Naik Kapal Terbang

Mesti anda nak kan ‘Si Bulus’ selalu temani anda walau di mana-mana pun berada, bukan? Tak kisahlah sama ada dalam mahupun luar negara. Ada sahaja yang mengalirkan air mata jika terpaksa berpisah dengan kucing kesayangan mereka.

Mungkin kehidupan mereka selalu diceriakan dengan telatah nakal haiwan peliharaan tersebut, siapa tahu? Mungkin juga Si Bulus ini adalah terapi hebat kepada segala masalah yang melanda seharian mereka, siapa sangka?

Justeru, tidak boleh disangkal kewujudan haiwan ini dalam kehidupan manusia sedikit sebanyak mampu mewarna-warnikan kehidupan mereka.

Tetapi, tahukah anda bahawa kucing juga dapat dibawa terbang bersama melintasi langit membiru? Namun, anda perlu tahu prosedur yang perlu dilakukan sebelum membawa haiwan ini menaiki kapal terbang.

Oleh itu, Azida Alzahari telah berkongsi tips untuk memudahkan anda membawa Si Bulus terbang bersama anda. Jadi, ikuti perkongsian ini supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum penerbangan ditetapkan.

Tips Bawa Kucing Naik Flight
Gambar Hiasan | Kredit: hellodoktor

Alhamdulillah.. Kucing saya bawak balik dari Sarawak ke Semenanjung baru-baru ni. Kucing ni saya bela tiga tahun di Sarawak. Ni bila dapat pindah Semenanjung, saya janji dengan Cheddar untuk bawa dia sekali sebab dia memang manja & tiap-tiap malam tidur dengan saya. Walaupun urusan susah sikit, takpalah sebab dah sayang macam ahli keluarga hahaha. Tapi kena kuarantin dulu dua minggu kat stesen kuarantin KLIA dulu.

Update: saya ada share juga gambar procedure untuk yang nak bawak anak-anak bulus dari Sabah ke Semenanjung. Tq so much to Sheena Rashid Kamsiran sebab sudi share.

Edit post:

Bismillah. Saya sharekan prosedur nak bawa balik meow dari Sarawak ke Semenanjung ya. Agak panjang post ni tapi sebenarnya mudah saja.

Klinik haiwan > Pejabat veterinar daerah > Jabatan Kuarantin (MAQIS) > MAS > Pejabat Kuarantin KLIA > Stesen Kuarantin KLIA

Untuk bawa kucing ke Semenanjung dari Sarawak, permit import tak perlu lagi dibuat di Semenanjung. Nak uruskan bawak balik kucing ni ada dua cara, satu buat semua sendiri dan satu lagi melalui ejen. Disebabkan saya nak buat sendiri saya Google dan telefon banyak pihak seperti pejabat veterinar, MAQIS untuk dapatkan maklumat. Alhamdulillah mereka sangat membantu

Ok kita mula ya:

1. Dapatkan tiga jenis suntikan (wajib) di klinik haiwan terdekat: suntikan rabbies, suntikan vaksin, mikrochip

  • Suntikan rabbies RM75 (lebih murah kalau di klinik kerajaan)
  • Mikrochip RM100
  • Suntikan vaksin RM60 (lebih murah kalau di klinik kerajaan)

2. Selepas dah lengkap rawatan, bawa rekod suntikan ni semua pergi ke pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah. Saya buat di Miri bersebelahan dengan Grand Palace Hotel.

3. Di pejabat veterinar, isi lengkap borang untuk mendapatkan permit eksport dan sijil kesihatan. (Isi lengkap supaya nanti datang semula bawa kucing untuk pemeriksaan, dua dokumen sudah siap, tinggal sign doktor je)

4. Pada masa yang sama, jumpa doktor veterinar kat situ untuk buat janji temu pemeriksaan kesihatan kucing. Pemeriksaan dibuat mengikut janji temu sahaja dan waktu pagi sahaja. Hanya doktor veterinar dari pejabat veterinar sahaja yang boleh keluarkan permit dan sijil.

5. Pada hari janji temu, bawa kucing untuk diperiksa. Pegawai akan menjalankan pemeriksaan. Selepas selesai, pejabat veterinar akan beri permit eksport dan sijil kesihatan. (Boleh rujuk gambar)

  • – Permit eksport RM5 (valid 60 hari)
  • – Sijil kesihatan RM5 (valid 7 hari)
Tips Bawa Kucing Naik Flight
Kredit: Azida Alzahari | Facebook
Tips Bawa Kucing Naik Flight
Kredit: Azida Alzahari | Facebook

6. Ok, ini special case sebab di Sarawak sudah ada pekeliling mengharamkan kucing/anjing dibawa keluar dari Sarawak memandangkan kes Rabbies banyak berlaku. Tapi ada pengecualian jika ada surat kelulusan dari MAQIS (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Putrajaya). Kalau dari Sabah, tak perlu.

7. Buat surat rasmi kepada pengarah MAQIS memohon untuk kebenaran membawa balik kucing ke Semenanjung dan e-melkan kepada pegawai MAQIS yang berkenaan. Pastikan dilampirkan rekod rawatan, permit eksport, sijil kesihatan dan beberapa keping gambar kucing dalam surat tersebut.

8. Alhamdulillah, dalam masa beberapa hari sahaja saya dah dapat reply surat kelulusan dari pihak MAQIS. Pantas dan efisien mereka. Tq ( Boleh rujuk gambar)

Tips Bawa Kucing Naik Flight
Kredit: Azida Alzahari | Facebook

9. Kucing dari Sarawak ke Semenanjung perlu dikuarantinkan selama dua minggu di stesen kuarantin KLIA. Agak-agak dulu bila nak tarikh nak terbang tu (jangan beli tiket flight dulu).

Tarikh tempahan kuarantin perlu tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh bawa kucing terbang. Call stesen kuarantin KLIA untuk book bilik ikut tarikh yang kita nak. Kalau nasib baik, ada kosong, kalau tak, kena tanya bila ada kekosongan.

10. Caj satu hari RM5. So 14 hari RM70. Kalau book melalui telefon dia akan reserve selama tiga hari untuk membuat pembayaran. Yang ini kebetulan saya balik Semenanjung dulu, jadi saya dapat pergi ke sana untuk bayar. Nanti kita diberi nombor bilik kucing, salinan tempahan kuarantin dan resit pembayaran. (Boleh rujuk gambar)

Tips Bawa Kucing Naik Flight
Kredit: Azida Alzahari | Facebook
Tips Bawa Kucing Naik Flight
Kredit: Azida Alzahari | Facebook

11. Ok, da boleh book tiket kapal terbang untuk balik dengan kucing. Ada dua cara: satu MAS Cargo, satu lagi naik flight dengan kita tapi dia di bawah ah hehehe. Harga kucing dikira mengikut kilogram. Haritu Cheddar 7kg sekali dengan carrier. So kena charge RM147. Adjust masa supaya boleh sampai awal sebab kena sampai stesen kuarantin sebelum pukul 7.00 petang.

12. Tiket kapal terbang, ikut harga semasa. Tak perlu ambil yang ada muatan beg kalau nak jimat harga tiket sebab kucing dikira berat lain.

13. Kalau sijil kesihatan expired, boleh walk-in ke pejabat veterinar untuk renew. Kena bayar RM5.

14. Hari nak fly tu, bawak je kucing pergi ke kaunter, tunjuk dokumen-dokumen yang perlu, bayar RM147 tu, setel. Staf MAS akan bawak kucing kita ke ruangan kapal terbang. Oh ya, flight MAS sahaja ya yang dibenarkan bawa kucing. Pastikan kucing dalam carrier yang sesuai ye. Boleh rujuk gambar carrier saya guna.

Sampai di KLIA:

15. Pegi ke pejabat kuarantin (berdekatan dengan tempat mengambil bagasi). Bagitahu kita nak declare kucing, nanti staf akan bagi kita borang-borang yang perlu diisi. Bayar RM25. Kita akan diberi borang iringan, borang pemeriksaan konsainan, surat akujanji dan resit.

16. Sambil tu, nanti ada staf hantar kucing ke pejabat. Pegawai kuarantin akan scan mikrochip pada kucing. Pastu dah boleh bawak pergi stesen kuarantin KLIA.

Stesen kuarantin KLIA

17. Kena sampai sana sebelum pukul 7.00 petang ya.

18. Terus bawa kucing pergi ke bilik yang dah diberikan. Bilik besar, ada aircond, ada cage juga disediakan.

19. Makanan, minuman, pasir kena sediakan sendiri ya. Pembersihan pUn kena buat sendiri. Tu sebab ada yang upah agent.

20. Boleh melawat kucing hari-hari tapi ikut waktu lawatan ya. (ada saya sertakan masa lawatan di gambar)

Tips Bawa Kucing Naik Flight
Kredit: Azida Alzahari | Facebook

Setakat tu sahaja yang saya dapat kongsi sebab kucing saya baru hari ketiga sampai. Nanti cukup dua minggu saya update lagi prosedurnya.

Total kos yang perlu ditanggung:

  •  suntikan vaksin RM60 (lebih murah kalau di klinik kerajaan)
  •  suntikan rabbies RM75 (lebih murah kalau di klinik kerajaan)
  •  mikrochip RM100
  •  sijil kesihatan RM5
  •  permit eksport RM5
  •  tiket flight MAS – ikut harga semasa
  •  kucing checked in flight – RM147 ( ikut berat. Cheddar 7 kilo campur berat carrier)
  •  tempahan bilik kuarantin RM70 untuk 14 hari
  •  bayaran declare import kucing RM25
Jangan risau ya, macam rumit, tapi tak pun sebenarnya sebab saya explain panjang lebar haha. Kalau ada apa-apa tak faham, bolehlah tanya ya. Kalau dari Sabah saya tak pasti kena kuarantin atau tidak.

Semoga bermanfaat. InshaAllah kalau nak share silakan, semoga dapat bantu rakan-rakan yang nak bawak balik anak-anak Bulus

Terima kasih semua yang mendoakan saya dan Cheddar. Aaminn. Semoga kita dimurahkan rezeki semua.

Sumber: Azida Alzahari | Facebook

The post Tak Mahu Pisah Dengan ‘Si Bulus’? Ini Tips Bawa Kucing Naik Kapal Terbang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*