Tak Perlu Beli Yang Baharu, Ini “Step” Mudah Nak Lajukan Smart TV Anda

step lajukan smart tv

Tak Perlu Beli Yang Baharu, Ini “Step” Mudah Nak Lajukan Smart TV Anda

Tahun demi tahun, kita menyaksikan perkembangan arus teknologi bagaikan air sungai yang mengalir. Ada sahaja barangan elektronik yang dilancarkan bahkan kita sendiri tidak mengetahuinya.

Berevolusi dari sebuah “kotak” televisyen, kini televisyen mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik seperti jauh lebih nipis, ringan dan sebagainya.

Antaranya termasuklah “Televisyen Pintar” atau dikenali sebagai “Smart TV“.

Walau bagaimanapun, setiap barangan elektrik lazimnya akan mempunyai pelbagai masalah jika digunakan dalam tempoh yang lama.  Kebiasaannya, fungsinya akan semakin perlahan.

Sudah tentu sebagai pemilik smart TV, anda pasti mahukan televisyen pintar anda sentiasa berfungsi dengan lancar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ikuti perkongsian di bawah.

Step Lajukan Smart TV

Cara Smart TV Laju
Gambar: AFP

Bercakap tentang Smart TV, umumnya, ia bukan sahaja memaparkan siaran berita namun teknologi ini juga boleh untuk memuat turun aplikasi di dalamnya misalnya Netflix, YouTube dan sebagainya. Berbeza dengan generasinya terdahulu yang hanya berfokuskan pada siaran.

Bagaimanapun, aplikasi yang dimuat turun dalam bilangan yang banyak juga boleh membawa kesan sampingan seperti kelancaran prestasi.

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi meningkatkan prestasi Smart TV anda;

Kosongkan Cache TV Pintar Anda

Sekiranya televisyen pintar anda mempunyai banyak ciri dan aplikasi. Langkah yang terbaik adalah membersihkan cache padanya. Ia sama seperti yang dilakukan pada komputer dan telefon pintar.

BACA JUGA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Cache merupakan data yang tersimpan di dalam sesebuah aplikasi, ia sentiasa memuatkan data tersebut setiap kali anda menggunakan aplikasi tersebut.

Cara Smart TV Laju
Gambar: Samsung

Semakin lama, cache akan menjadi penuh dan secara tidak langsung menyebabkan TV anda semakin lambat berfungsi. Oleh itu apa yang anda perlu lakukan hanya mengosongkannya.

Langkahnya mudah sahaja, apa yang anda perlukan adalah pergi ke tetapan TV dan cari pilihan bertanda “Kosongkan Cache”. Selepas itu anda dapat merasakan perbezaan yang ketara terhadap prestasi smart TV.

Langkah ini boleh sentiasa dilakukan dari masa ke semasa agar TV anda berada dalam prestasi terbaik. Namun, sekiranya anda mahukan pembersihan data yang lebih mendalam, anda boleh memilih “Data”.

Cara ini akan membuatkan seluruh data dalam aplikasi tersebut dipadam.

Nyahpasang Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Selain itu, anda juga boleh menyahpasang aplikasi yang tidak digunakan. Hal ini kerana setiap aplikasi yang dimuat turun ‘memakan’ ruang storan. Perkara ini membuatkan TV anda bekerja lebih keras.

Oleh itu, dengan memadam aplikasi yang tidak digunakan boleh membantu membawa perubahan besar terhadap prestsi peranti itu.

 Sentiasa Menyemak Kemas Kini

Cara Smart TV Laju
Gambar: ROBEYN BECK / AFP

Jika langkah mengosongkan cache tidak berjaya, anda boleh membuat sebarang semakan kemas kini  smart TV anda. Kemaskini aplikasi dengan kerap dapat memperbaiki masalah atau isu keselamatan seperti komputer dan telefon pintar.

Caranya mudah sahaja, apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke tetapan dan cari “Kemas Kini”. Seterusnya, semak status kemas kini aplikasi dan kemaskini jika ada.

Hidupkan Kembali TV 

Jika langkah di atas telah dilakukan, namun masih mengalami nasib yang sama. Apa yang perlu dilakukan oleh anda adalah hidupkan semula televisyen pintar anda.

Perkara ini akan membuatkan aplikasi yang berjalan di latar belakang (background) ditutup sekaligus membantu melancarkan sistem pengoperasiannya.

Muat Turun Aplikasi Pengoptimunan TV

Inisiatif seterusnya yang boleh diambil oleh anda adalah memasang aplikasi khas yang direka bagi mengoptimumkan dan meningkatkan prestasi TV.

BACA JUGA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Bagaimanapun, setiap aplikasi yang tersedia juga berbeza mengikut kesesuaian TV anda. Antara aplikasi yang paling popular digunakan termasuklah ‘Guru’ dan ‘Fast Optimizer’.

Tetapkan Semula Kilang TV (Reset)

Sekiranya kesemua langkah di atas tidak dapat membantu menyelesaikan masalah anda, terdapat satu alternatif terakhir iaitu menetapkan semula TV anda.

Penetapan Semula TV (reset) bakal membersihkan semua data (padam) TV anda seperti pertama kali membelinya.

Bagaimanapun. pilihan ini merupakan cara terakhir jika diperlukan. Caranya adalah dengan pergi ke bahagian tetapan, cari “Tetap Semula Kilang” dan pilih.

Kemudian, seluruh data yang disimpan dalam televisyen anda akan dipadam.

Sekiranya masih terdapat masalah yang belum diselesaikan, anda dinasihatkan untuk menghubungi bahagian pengilang untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Sumber: Estar.eu

The post Tak Perlu Beli Yang Baharu, Ini “Step” Mudah Nak Lajukan Smart TV Anda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*