Tak Perlu Upah Orang, Lelaki Kongsi Tips Jaga Air Kolam Renang Agar Kekal Bersih

Tak Perlu Upah Orang, Lelaki Kongsi Tips Jaga Air Kolam Renang Agar Kekal Bersih

Mandi di dalam kolam renang sememangnya menyeronokkan. Apalagi keseronokkan aktiviti ini dapat dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Lebih-lebih lagi ketika musim panas ini, pastinya kita sentiasa rasa untuk berendam atau mandi bagi menyejukkan badan.

Namun, pernahkah anda terfikir bagaimanakah kolam renang dicuci dan sentiasa kelihatan bersih?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti tips penjagaan kolam renang oleh Suffian Rusli di Facebook Kumpulan Tukang Apa Hari Ini (TAHI) di bawah.

Tips Jaga Air Kolam Renang

Kita bertukang lain sikit hari ni, tukang maintenance pool

Disebabkan posting sebelum ni ramai yang minat dan bertanya berkenaan swimming pool. Jadi aku terpanggil untuk share sikit maintenance swimming pool kecik aku tu. Mana tau lepas ni ramai yang minat nak buat pool. Jadi boleh jimatkan duit dengan maintain pool sendiri.

Nota: Aku pun masih belajar lagi dan takde lah tau serba-serbi. Aku share yang aku tau jelah.

Selalu kita dengar kata orang yang maintenance pool ni mahal. Ya betul mahal kalau korang upah orang. Kalau korang tau DIY sendiri dan saiz kolam korang tak berapa besar macam yang aku ada ni murah je sebenarnya. Hanya beberapa puluh ringgit sebulan.

Benda alah kat bawah ni namanya Swimming Pool test kit. Korang kene ada untuk tahu keadaan air. Ada 2 test yang korang kena selalu buat:

Yang pertama, test paras klorin air.

Yang kedua, test paras PH air.

tips jaga air kolam renang
Gambar: Suffian Rusli

Mula-mula, rendam botol test kit dalam air paras tengah-tengah kolam untuk ambil sampel air. Lepas tu titis dalam 3 titisan tester ke dalam botol tu. Tutup dan goncang. Lepas dah siap tengok hasil keputusan warna: ni kat youtube banyak. Boleh search tengok.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Buat Popia Oreo

Botol Kiri: Warna kuning tu untuk tahu paras klorin air

Botol Kanan: Warna merah untuk tahu paras ph air

Korang kena dapatkan paras yang ideal untuk kedua-dua bacaan. Macam mana nak dapatkan paras ideal? Cara-cara dia:

Paras klorin

Gambar: Suffian Rusli

kalau bacaan klorin rendah kuning cair, korang hanya perlu tambah klorin ke dalam kolam. Macam kolam aku ni saiz dia 8x12x4 kaki. Aku biasanya akan letak 250gm klorin granula 70% setiap 3 hari sekali.

Harga klorin ni 5kg dalam RM75 beli kat shopee atau kedai kolam. Ada macam-macam bentuk klorin, guna mana yang sesuai mengikut jenis kolam ye. Boleh tanya-tanya kedai supplier barang-barang kolam.

Paras ph

Kalau ph terlalu tinggi (air terlalu beralkali). Jadi korang perlu turun kan ph dengan menggunalan PH down contoh Dry acid (sodium bisulfat). Aku akan letak sikit-sikit sampailah dapat bacaan ph yang ideal (bila perlu).

Benda ni aku jarang guna bila ph tinggi sangat dan ada tanda lumut nak naik. Harga dry acid 1kg dalam RM14.

Kalau ph terlalu rendah pulak (air terlalu berasid). Korang naikkan ph dengan PH up cth soda ash. Letak sikit-sikit sampailah dapat ph yang ideal. Harga soda ash 1kg dalam RM5.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Ini Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta

Jaga paras PH supaya barang-barang kolam tak rosak kalau contoh jika air terlalu berasid. Mata pedih ketika mandi dan yang paling mustahak lumut-lumut tak tumbuh.

Selain dari tu, korang kena kerap gosok, vacuum. Backwash filter at least seminggu sekali. Penjagaan kolam yang aku ada ni tak sampai 30 minit boleh siap semua routine ni.

Routine

Antara routine yang dilakukan termasuklah sauk serangga (jika ada), gosok dinding-dinding pool, vacuum.

Selain itu, backwash filter (ikut keperluan, aku buat 1 minggu sekali je), swimming pool test kit dan Adjust paras klorin & PH air dengan tambah klorin/dry acid/soda ash ikut keperluan.

Nota

Aku takdelah serba serbi tahu. Kalau ada salah silap minta otai-otai swimming pool tunjuk ajar. Jadi ilmu tu sampai dan boleh dimanfaatkan kepada semua.

Aku bukan tukang kolam, jadi harga dan jenis kolam aku tak berapa tau. Boleh survey-survey kat market ada macam-macam jenis. Dari jenis fiber sampailah kolam konkrit

Barang jenis-jenis klorin/PH up/PH down ada bermacam-macam. Guna mengikut jenis kolam seperti disarankan oleh tukang kolam atau pun supplier barang-barang kolam. Cara-cara letak bahan-bahan juga penting supaya tak merosakkan barang-barang kolam seperti reput dan lain-lain.

Sekian

Sumber: Suffian Rusli via Facebook Kumpulan Tukang Apa Hari Ini (TAHI)

The post Tak Perlu Upah Orang, Lelaki Kongsi Tips Jaga Air Kolam Renang Agar Kekal Bersih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*