Tak Sampai Seminit, Ini Cara Kupas Kulit Nanas Dengan Mudah & Cepat

Cara kupas nanas

Tak Sampai Seminit, Ini Cara Kupas Kulit Nanas Dengan Mudah & Cepat

Sebut sahaja buah nanas, pasti sudah dapat membayangkan isi buah yang berwarna kekuningan dan manis. Apalagi buah yang kaya dengan vitamin ini dapat dijadikan jus buah-buahan yang cukup menyegarkan tekak.

Bukan sahaja itu, buah nanas juga boleh dicampurkan dalam pelbagai masakan termasuk  “Rojak”.

Di sebalik isinya yang cukup menggiurkan, buah nanas ini dipenuhi dengan duri-duri yang tajam pada permukaan luar. Disebabkan itu, ramai mengalami kesukaran untuk membuang kulit buah ini sebelum menikmati isinya yang manis.

Lebih-lebih lagi ia mengambil masa yang agak lama bagi mengelakkan durinya terkena tangan. Oleh itu, pernahkan anda terfikir cara yang lebih mudah dan cepat untuk mengupas kulit nanas?

Cara Kupas Kulit Nanas Tak Sampai Seminit

Kebiasaannya, orang ramai mengambil masa yang agak lama untuk mengupas kulit nanas.

Baru-baru ini tular satu klip rakaman yang dimuat naik oleh @mejayansa di TikTok memaparkan seorang wanita membuang kulit buah itu dengan mudah dengan tempoh masa kurang dari satu minit.

BACA JUGA: Mesin Basuh “Front Load” Selalu Bergegar? Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya

Dalam video berdurasi 53 saat itu, wanita berkenaan menunjukkan cara yang lebih mudah mengupas nanas dengan menggunakan pisau khas.

Langkahnya

Pertama, buah nanas akan dibersihkan terlebih dahulu dengan “dicelup” ke dalam baldi berisi air.

Kemudian, bahagian atas dan bawah nanas akan dipotong.

Dengan menggunakan pisau khas, buah nanas tersebut akan ditusuk pada bahagian dalam isi sebelum “dihiris” dari dalam mengelilinginya.

 Kupas Nanas

Langkah ini membuatkan isi nanas diasingkan tanpa perlu mengupas kulit dari luar. Kemudian, isi nanas akan dipotong dari dalam dan dipotong pada bahagian sisi (tidak dipotong sehingga putus).

Masukkan nanas yang telah siap dipotong itu ke dalam plastik. Pegang pada kulit nanas dan isinya secara langsung akan meluncur jatuh ke dalam plastik.

 Kupas Nanas

Senangkan?

Rata-rata pengguna di platform berkenaan menyifatkan ia sesuatu yang positif dan boleh diaplikasikan. Selain itu, ada juga yang memuji kemahiran yang dimiliki oleh wanita itu.

Untuk makluman, video berkenaan telah memperolehi lebih 16 juta tontonan, lebih 366,000 tanda “Suka” dan lebih 1,000 komen daripada pengguna.

@mejayansa

Kupas Nenas Kurang dari 1 Menit #masyaallahtabarakkallah #amazing #amazingfruit #nenas #pineapple #carving #carving_fruit #peelfruit #peelpineapple

♬ original sound – MEJAYANSA – MEJAYANSA

BACA JUGA: Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Sumber: TikTok @mejayansa

The post Tak Sampai Seminit, Ini Cara Kupas Kulit Nanas Dengan Mudah & Cepat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*