Tak Sempat Berbuka Siren Kecemasan Bunyi, Abang Bomba Angkut Balang Air Masuk Trak

bomba angkut balag air dalam tark bomba tak sempat buka puasa

Tak Sempat Berbuka Siren Kecemasan Bunyi, Abang Bomba Angkut Balang Air Masuk Trak

Gelagat lucu abang bomba yang terpaksa mengangkut balang air ke dalam trak bomba menjadi viral varu-baru ini. Situasi berkenaan dipercayai berlaku kerana siren kecemasan berbunyi sebelum sempat mereka berbuka puasa.

Situasi berkenaan mendapat perhatian orang ramai yang mengagumi ketekunan mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing walaupun sedang beribadah puasa.

Menerusi video yang menjadi viral di TikTok, mereka dilihat sedang melakukan persiapan untuk menanti waktu berbuka di balai bomba tempat mereka berkhidmat. Dapat dilihat, beberapa jenis juadah berbuka termasuk air turut tersedia di atas satu meja. Manakala, periuk nasi, balang air minuman dan juga cawan turut kelihatan.

Berkemungkinan, mereka sudah lama merancang untuk berbuka puasa bersama-sama sempena bulan Ramadan.

Namun apakah daya, siren kecemasan kemudian berbunyi secara tiba-tiba sebelum waktu berbuka puasa yang hanya berbaki berbaki beberapa minit lagi. Siren tersebut dipercayai isyarat bahawa ada situasi kecemasan berlaku yang memerlukan pertolongan anggota penyelamat.

Salah seorang anggota bomba yang duduk berdekatan meja dilihat menaiki trak bomba yang berdekatan. Tanpa berlengah, anggota yang lain turut dilihat bersiap sedia dengan pantas, mencapai semua pakaian dan barang keperluan operasi sebelum masuk ke jentera bomba.

Abang bomba angkut balang air ke dalam trak bomba untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan

Sungguhpun wujud keperluan untuk bergerak pantas ke lokasi kejadian, berpuasa sudah tentu mempunyai cabaran tersendiri. Ini kerana, seperti yang kita semua sedia maklum, mereka yang berpuasa tidak boleh makan dan minum di siang hari.

Namun, sudah semestinya anggota bomba memerlukan kapasiti tenaga yang besar bagi menyempurnakan tugasan hakiki mereka secara efisien.

Oleh itu, mereka wajar berbuka puasa secepat mungkin bagi memastikan tiada perkara buruk yag diingini. Dalam video ini, abang-abang bomba ini nyata mempunyai cara yang tersendiri untuk berbuka.

Memandangkan berbaki beberapa minit lagi sebelum waktu berbuka masuk, mereka kemudiannya mengusung balang air masuk ke dalam jentera. Salah seorang daripada mereka dirakam ‘bertugas’ sebagai juru cedok air minuman dan diagihkan kepada rakan-rakan yang lain.

Walaupun begitu, mereka dilihat masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa biarpun terpaksa berbuka dalam keadaan yang kurang selesa.

Begitu besar pengorbanan para pegawai bomba dalam melaksanakan misi mereka. Dalam kes ini, mereka sanggup berlapar lebih lama berbanding orang lain demi memastikan kita semua selamat.

Sememangnya, tugasan hakiki dan pengorbanan anggota bomba wajar mendapat sanjungan daripada orang ramai.

BACA: Disergah Van Putih, Kaki Ponteng Puasa Cabut Lari Tinggal Air Ketum & Rokok

Sumber: Jabatan Netizen Malaysia via Twitter

 

The post Tak Sempat Berbuka Siren Kecemasan Bunyi, Abang Bomba Angkut Balang Air Masuk Trak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*