Tak Sempat Nak Ke Kaunter? Ini Taktik Paling Ramai Guna Untuk “Settle” Urusan Bank, Siap Boleh Dapat Lebih RM388k

Perkhidmatan dalam talian memudahkan banyak urusan harian termasuklah urusniaga perbankan. Bayangkan kalau tak ada platform online ni, banyak masa korang akan terhabis begitu saja. Daripada dalam perjalanan, cari parkir, jalan kaki ke bangunan hinggalah menunggu nombor giliran dipanggil. Kadang tu, nak buat satu urusan je, tapi berjam-jam habis masa.

Korang tahu tak dengan Maybank2u, korang boleh lakukan banyak transaksi dan lain-lain perkhidmatan. Kalau sebelum ni korang kena pergi ke bank dan beratur untuk membuka akaun baharu atau membuat pembayaran, sekarang dah tak perlu lagi sebab semuanya boleh dilakukan di hujung jari.

Buat pelanggan baharu dan sedia ada, ada banyak produk atau perkhidmatan yang korang boleh mohon melalui laman web Maybank2u, aplikasi M2U atau aplikasi MAE. Bukan tu je, korang turut berpeluang untuk menang ganjaran hebat bila menyimpan dan melabur dengan Maybank. Nak tahu caranya, ha kena la baca sampai habis.

Tak perlu walk-in untuk buka akaun, hanya satu klik sahaja dah selesai!

Kredit: Pixabay

Dengan perkhidmatan dalam talian, pengguna boleh membuka akaun simpanan atau pelaburan mengikut keselesaan. Ini juga terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada, dimana pelanggan yang mahu membuka akaun Maybank2u Premier dan akaun Zest-i tidak perlu ke kaunter sebab korang boleh buka akaun pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk pengguna baharu, ikuti langkah mudah ini:

Cara-cara untuk mendaftar akaun MAE jika anda bukan pelanggan Maybank:

  1. Muat turun aplikasi MAE daripada App Store rasmi (Google Play Store, App Store atau Huawei AppGallery)
  2. Pilih ‘Apply for a MAE Account’ 
  3. Lengkapkan butiran yang diperlukan
  4. Ambil gambar IC
  5. Cipta ID Maybank2u
  6. Setelah itu, akaun akan diaktifkan

Sekiranya sudah mempunyai akaun M2U, korang juga boleh mendaftar untuk akaun MAE dengan mengikuti langkah-langkah dibawah.

  1. Tekan ‘More’ selepas memautkan akaun M2U anda pada dengan aplikasi MAE
  2. Tekan ‘Apply’
  3. Tekan ‘Apply for MAE’ untuk memulakan pendaftaran
  4. Tekan ‘Next’
  5. Masukkan kata laluan M2U
  6. Lengkapkan butiran peribadi
  7. Akaun MAE sudah diaktifkan

Bila dah selesai, korang boleh terus gunakan akaun MAE dan menikmati pelbagai kemudahan serta faedah yang diberikan oleh Maybank, seperti berpeluang memenangi hadiah sepanjang tahun sekiranya korang buka akaun Maybank Islamic Zest-i dengan pelaburan minimum RM10.

Buka akaun pelaburan dengan modal serendah RM200

Kredit: Pixabay

Kalau korang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, Maybank menawarkan pelaburan dengan modal serendah RM200 melalui Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i). Korang juga berpeluang memenangi hadiah utama iaitu 1 kilogram (kg) emas apabila mendaftar dan memulakan pelaburan! 

Bila melabur melalui MIGA-i, korang berpotensi untuk perolehi keuntungan daripada pelaburan yang dibuat berdasarkan nisbah perkongsian dengan keuntungan bank. Pelaburan MIGA-i ini lebih baik daripada simpanan biasa yang memberikan ~0.20% kadar faedah atau keuntungan.

Kelulusan pantas bila korang memohon pinjaman dan kad kredit

Nikmati kelulusan pantas dalam tempoh 48 jam apabila korang memohon pinjaman peribadi dalam talian! Bukan itu sahaja, Maybank juga turut menawarkan kelulusan segera untuk pelanggan gaji terpilih. Melalui Maybank Personal Loan (Pinjaman Peribadi) dan Maybank Islamic Personal Financing-i (Pembiayaan-i Maybank), korang boleh membuat pembayaran balik dalam tempoh dua ke enam tahun, kadar faedah/keuntungan serendah 6.5%, bayaran bulan serendah RM102.78, tiada bayaran pemprosesan dan jumlah pembiayaan dari RM5,000 ke RM100,000.

Di samping itu korang juga akan menerima perlindungan insurans penjagaan peribadi pilihan dengan perlindungan sehingga RM100,000. Pinjaman ini juga patuh syariah selain tiada yuran penyelesaian awal.

Bagi kad kredit pula Maybank EzyCash menawarkan pelan ansuran tunai daripada debit terus ke kad kredit kepada akaun simpanan. Pengguna juga akan menerima had kredit sehingga 70%. Yang paling menarik, kadar faedah/keuntungannya adalah serendah 0% sehingga 8.88% bergantung pada tempoh setiap enam bulan. Ia juga tertakluk kepada yuran pendahuluan 3.88% atau RM100 untuk setiap transaksi yang diluluskan.

Lindungi diri, aset dan keluarga korang dengan pelan insurans komprehensif

Kredit: Pixabay

Pelanggan boleh memohon produk insurans/Takaful dan dapatkan sebut harga secara automatik yang daripada Insurans Motor Maybank /Takaful Motor Maybank dan Maybank Trip Care360/Takaful Trip Care360.

Insurans Motor Maybank/Takaful Motor Maybank merupakan pelan insurans kenderaan yang komprehensif dimana ia akan memberi kelebihan sekiranya berlaku kecederaan badan atau kematian pihak ketiga. Ia juga termasuk dengan kehilangan atau kerosakan harta pihak ketiga serta perlindungan jika berlaku kehilangan, kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan termasuk dengan bantuan 24 jam sehari tepi jalan.

Maybank Trip Care360/Takaful Trip Care360 turut memberi faedah terhadap pelanggan yang dilindungi pada peristiwa tertentu yang mungkin timbul semasa perjalanan domestik dan antarabangsa.

Menangi hadiah bernilai lebih daripada RM388,888 bila korang buat permohonan dalam talian!

Kredit: Maybank

Pelanggan baharu dan sedia ada Maybank berpeluang membawa pulang pelbagai ganjaran hebat bernilai lebih daripada RM388,888 apabila membuat pendaftaran atau membuka akaun baharu dengan Maybank! Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

Pelanggan baharu dan sedia ada Maybank berpeluang membawa pulang pelbagai ganjaran hebat bernilai lebih daripada RM388,888 apabila membuat pendaftaran atau membuka akaun baharu dengan Maybank! Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

  • Hadiah utama: Proton X70
  • Tempat kedua: 30 buah set bagasi jenama Samsonite
  • Tempat ketiga: tajaan petrol oleh Petronas bernilai RM6,000

Tawaran ini bermula bermula dari 12 Februari hingga 28 Februari 2023. Jadi tunggu apa lagi? Dengan hanya satu klik, korang boleh nikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan dengan hanya mendaftar denganmana-mana produk Maybank yang tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Maybank atau pautan INI

Nota:

Semua produk Maybank yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Kadar faedah/keuntungan yang disebut adalah tepat dan semua kadar adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Sila rujuk laman web Maybank2u atau hubungi cawangan Maybank terdekat untuk kadar terkini.

Maybank dan Maybank Islamic adalah ahli PIDM. Perlindungan oleh PIDM adalah tertakluk kepada kriteria insurans. Sila rujuk senarai deposit insurans yang dipaparkan di www.maybank2u.com.my untuk butiran lanjut.

Kandungan artikel ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat kewangan profesional. Pembaca digalakkan untuk membuat semakan sendiri sebelum membuat keputusan lanjut mengenai kewangan.



The post Tak Sempat Nak Ke Kaunter? Ini Taktik Paling Ramai Guna Untuk “Settle” Urusan Bank, Siap Boleh Dapat Lebih RM388k appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*